KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kejayaan fasa pertama Pelan Perdana musim Haji 1443 Hijrah apabila tiada sebarang insiden dalam kalangan jemaah haji dilaporkan.
Ketua Pengarahnya, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media pada Jumaat.
Sudais yang dipetik Saudi TV berkata, "Pelan itu yang menumpukan kepada aspek operasi dan bertujuan menawarkan perkhidmatan terbaik dan paling berkualiti kepada jemaah haji, telah mencapai matlamat fasa pertamanya, Alhamdulillah."
"Bagaimanapun, kerja masih berjalan untuk terus menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat di Haramain," tambahnya.
Pelan operasi yang disifatkan terbesar pernah dirancang dalam era pandemik COVID-19 itu dilancar pada Jun lepas dengan menumpu kepada 10 langkah utama di bawah matlamat strategik Wawasan 2030 Arab Saudi.
Sementara itu, Laporan Statistik Haji 2022 yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi menyatakan jumlah jemaah haji tahun ini mencecah 899,353 orang.
Daripada jumlah itu, seramai 779,919 adalah jemaah luar negara, manakala bakinya 119,434 merupakan jemaah domestik, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut SPA lagi, sebanyak 21.4 peratus jemaah datang dari negara-negara Arab, 53.8 peratus dari Asia dan 13.2 peratus Afrika.
Baki sebanyak 11.6 peratus lagi mewakili jemaah dari Eropah, Amerika dan Australia.
April lalu, Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hanya seramai sejuta umat Islam bawah umur 65 tahun dan lengkap divaksin, dibenar menunaikan haji tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Pelan itu yang menumpukan kepada aspek operasi dan bertujuan menawarkan perkhidmatan terbaik dan paling berkualiti kepada jemaah haji. - AP
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.