SUNGAI PETANI: Kehilangan ibu dan bapa dalam tempoh dua bulan bukan perkara mudah diterima, namun itulah hakikat terpaksa dihadapi dua beradik, Nur Amanina Hazwani Romli, 15, dan Nur Amera Natasya, 13.
Kini bergelar anak yatim piatu, dua beradik itu yang tinggal di Kampung Kuala Ruat dekat sini, hilang tempat bergantung sepenuhnya.
Menceritakan kisah pilu menimpa mereka, Nur Amanina, berkata ibu meninggal dunia pada 13 Ogos akibat kanser otak sebelum disusuli bapa pada 2 Oktober lalu akibat COVID-19.
Manurut anak sulung pasangan Allahyarham Normala Mad Desa, 45, dan Romli Saad, 56, segalanya berlaku dengan pantas dengan tiada sebarang petanda kerana kedua-duanya sihat sebelum meninggal dunia.
Katanya, semua mereka tidak mengetahui ibunya menghidap kanser otak sehingga bapa menghantar ibunya ke Hospital Yan dekat sini, untuk pemeriksaan apabila mengadu tidak sihat.
Nur Amanina, berkata doktor yang merawat ibu kemudian merujuknya kepada pakar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
"Mak tiba-tiba tidak sedarkan diri di HSAH. Keesokan harinya kami dimaklumkan mak sudah tak ada. Memang kami semua terkejut dan hilang kata-kata," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Selepas pemergian ibu, dua beradik ini bergantung hidup kepada bapa mereka yang menyara hidup sebagai nelayan.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi diuji apabila bapa yang menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada 2 Oktober lalu.
Nur Amanina berkata, bapanya juga tidak menunjukkan sebarang tanda sakit yang serius.
"Masa ayah mula sakit, tak tau kenapa, dia cuma cakap dia demam urat saja. Dia minta saya keluar beli ubat di farmasi.
"Tapi bila saya balik, nampak dia lemah sangat sebelum dia dihantar ke Hospital Sungai Petani dan disahkan dijangkiti COVID-19. Keadaannya, semakin buruk sebelum meninggal dunia tiga hari kemudian," katanya.
Kehilangan dua insan tercinta itu ternyata memberi kesan mendalam buat mereka kerana memikirkan masa hadapan yang terpaksa ditempuh ketika usia baru meningkat remaja.
Bukan tidak mempunyai saudara lain, namun dua beradik terbabit enggan menyusahkan sesiapa kerana menyedari masing-masing mempunyai tanggungjawab serta komitmen terhadap keluarga sendiri.
Mujur nasib mereka mendapat perhatian Rumah Anak Yatim Perempuan Jariah Qaseh di Perdana Heights, di sini yang menerima dua beradik itu sebagai 'ahli keluarga' baharu.
Pengerusinya, Natipah Abu, berterima kasih kepada pihak Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang berjaya mengesan dan membantu membawa dua beradik itu ke rumah anak yatimnya.
"Insya-Allah dua beradik ini akan kita pindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani sebab dekat dengan kawasan kita ini dan kita akan uruskan pengangkutan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Nur Amanina dan Nur Amera, berasa berat untuk meninggalkan rumah lama yang menyimpan banyak kenangan bersama Allahyarham ibu dan bapa mereka, namun akur dengan keadaan yang berlaku dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.
Nur Amanina berkata, kerap terkenang kedua-dua ibu bapanya.
"Ayah baik sangat... tak pernah marah, memang baik... macam itu juga mak... mak pun baik, nak pergi ke mana semua bagi kebenaran... nak apa semua bagi... memang rasa kehilangan sangat-sangatlah...," katanya sayu.
Bagi Nur Amera Natasya, hidupnya pasti tidak sama namun dia pasrah dengan ujian Allah.
"Bila terkenang ibu, saya pasti rindu masakan ayam masak merah yang dia masak. Selepas ini, tiada lagi masakan ibu, tiada lagi pelukan ayah setiap kali dia balik dari laut," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 13 2021
Nasib mereka mendapat perhatian Rumah Anak Yatim Perempuan Jariah Qaseh di Perdana Heights, Sungai Petani yang menerima dua beradik itu sebagai 'ahli keluarga' baharu. - Gambar/ Astro AWANI
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Suami isteri maut kemalangan elak babi hutan, lima beradik hilang tempat bergantung
Mohd Norzianal Mohd Ainol dan isteri, Suhana Othman meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka langgar tiang elektrik.
'Mak pesan tengokkan adik'
Anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Gopeng-Kota Bharu pada Isnin, masih terkejut dengan kejadian itu.
Aidilfitri yang suram buat tiga beradik yatim piatu
Muhammad Irfan Hakimi yang berusia 13 tahun pikul tanggungjawab pelihara dua adiknya selepas kehilangan bapa dan ibu selang tiga bulan.
Gempa bumi Turkiye: 'Ibu dan ayah ada di syurga'
Judi dan Shima kini menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban selepas rumah kediaman mereka di Antakya runtuh.
Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 teruja jumpa PM
Mereka yang merupakan anak angkat Ismail Sabri adalah jemputan istimewa untuk bersama berbuka puasa di Seri Perdana hari ini.
Dua beradik yatim piatu rayu bantuan dapatkan MyKad
Urusan untuk pendaftaran dokumen pengenalan diri mereka menjadi bertambah sukar apabila apabila ibu mereka meninggal dunia pada tahun 2012.
COVID-19: Nasib enam beradik yatim piatu dapat perhatian
Sedih kehilangan ibu tercinta akibat kanser hati empat tahun lalu masih terasa, kini enam beradik tersebut diuji lagi dengan pemergian ayah tersayang akibat COVID-19 pada 27 Sept lepas.
Lima beradik yatim piatu jadi anak angkat Perkeso
Lima beradik yatim piatu jadi anak angkat Perkeso
Tiada lagi pelukan mesra, 2 beradik pasrah hilang ibu, ayah dalam tempoh 2 bulan
Kehilangan ibu dan bapa dalam tempoh dua bulan bukan perkara mudah diterima, namun itulah hakikat terpaksa dihadapi dua beradik, Nur Amanina Hazwani Romli, 15, dan Nur Amera Natasya, 13.