ARAU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Rozabil Abd Rahman menzahirkan komitmen bahawa kerjasama yang lebih erat akan dibentuk kepimpinan baharu di negeri itu meskipun ketiga-tiga Ketua Bahagian yang dilantik bagi penggal 2023-2026 merupakan 'orang baharu'.
Menurutnya, isu dalaman yang serius sehingga membawa perpecahan besar di peringkat bahagian juga diyakini tidak akan berlaku dalam penggal ini.
Ia selepas ketiga-tiga bahagian bersetuju untuk tidak mewujudkan persaingan sesama sendiri seperti yang berlaku di dalam kepimpinan UMNO bagi penggal-penggal sebelum ini.
Tambahnya, usaha berkenaan adalah sebagai medium untuk meraih semula sokongan rakyat selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis tumpas di semua tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
"Saya (sudah) beri komitmen kepada Presiden parti (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang mana, Perlis tidak akan jadi 30 bahagian (lagi seperti sebelum ini), kita nak balik (penyatuan yang melibatkan) tiga bahagian (ini).
"Ini kerana dulu, orang (ramai) perli (UMNO) Perlis, (ada) tiga bahagian (sahaja), tetapi (isunya) macam 30 (bahagian) kerana selalu bergaduh. Kali ini kita nak balik, (ketiga-tiga itu) kekal sebagai tiga bahagian.
"Ketiga-tiga Ketua UMNO Bahagian yang baharu ini, tidak dilahirkan dari keluarga taufan, jadi insyaallah tidak ada ribut kerana kita telah bekerjasama," katanya.
Rozabil berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Moreh Bersama Media di Batas Liku, Arau, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, program dan acara berbentuk kebajikan akan menjadi keutamaan UMNO negeri itu dalam memberikan khidmat sebaik mungkin kepada keseluruhan rakyat di Perlis tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum.
Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Ketua UMNO Bahagian Arau itu menyatakan telah menerima arahan bagi membantu negeri-negeri terlibat, khususnya, kemungkinan besar, Kedah.
Pemilihan UMNO Perlis bagi penggal 2023 hingga 2026 menyaksikan kesemua tiga bahagian UMNO di negeri ini diketuai oleh muka-muka baharu.
Di Arau, Rozabil berjaya mengetuai UMNO Bahagian itu selepas menang tanpa bertanding, sekali gus menamatkan dominasi hampir 30 tahun Datuk Seri Shahidan Kassim di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya mengetuai UMNO Bahagian Kangar selepas menewaskan penyandang, yang juga bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Ruzaini Rais mengepalai Bahagian Padang Besar.
Abd Hadi Che Awang
Sat Apr 15 2023
Rozabil bercakap kepada media selepas Majlis Moreh Bersama Media di Batas Liku, Arau, malam tadi. - Foto Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PRU15: Tiada niat derhaka, Rozabil hormati Shahidan sebagai 'guru'
Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau itu berkata beliau juga tidak mahu dilabel sebagai 'perampas' kerusi panas berkenaan.