Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa tiada pihak lain yang akan mempengaruhi hala tuju badan itu dalam siasatannya berhubung isu derma RM2.6 bilion dan SRC International.
Memetik laporan Sinar Harian pada Khamis, Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan bagi kedua-dua kes sudah di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.
"Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional. Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit.
“Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan," kata beliau seperti yang dipetik Sinar Harian menerusi temubual ekslusif dengan akhbar itu.
Menurut Abu Kassim, SPRM berpegang kepada prinsip menjalankan tugas secara profesional di mana tanggungjawab mereka adalah menjalankan siasatan.
"Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temu bual.
“Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita kemukakan kepada peguam negara berserta dengan pandangan pandangan kita. Kita tidak akan beranjak dari itu,” katanya.
Katanya, siasatan dibuat berdasarkan apa yang dipersoalkan rakyat mengenai kedua-dua kes termasuk bertemu dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion.
Selain itu, Abu Kassim turut mengakui bahawa siasatan ini mencabar kerana membabitkan pelbagai pihak.
“Ia satu tempoh siasatan panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak. Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara.
“Saya akui memang ada gangguan dalam siasatan ini, tetapi kita buat siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit dan status. (Daripada) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah diambil keterangan bagi bantu siasatan berhubung kedua-dua kes,” katanya lagi.
Beliau juga memberi jaminan rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu derma tersebut apabila tiba masanya.
SRC adalah bekas anak syarikat milik firma pembangunan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Berkenaan kes dana RM2.6 bilion, SPRM sebelum ini juga pernah berkata, siasatan ini akan mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan kerana memerlukan kerjasama pihak dari luar negara.
Astro Awani
Thu Dec 24 2015
ABU KASSIM: Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.