Enam dalang telah dikenal pasti terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian, Perlis pada Mei lepas.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat.
"67 siasatan dilakukan PDRM dengan kerjasama polis Thailand terhadap mangsa pemerdagangan orang yang telah dikuburkan di sempadan Malaysia-Thailand.
"Daripadanya, enam dalang telah dikenal pasti dan tiada rakyat Malaysia yang terlibat. Enam orang ini adalah lima rakyat Thailand dan satu warga Myanmar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya kerajaan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk memastikan dalang sindiket itu diadili di mahkamah Malaysia.
Ia bagi memperlihatkan komitmen serius kerajaan dalam memerangi aktiviti pemerdagangan manusia berikutan wujud tanggapan di peringkat antarabangsa bahawa kurangnya tindakan penguatkuasaan dalam isu berkenaan.
"Kita akan minta kerjasama Thailand supaya melalui pertukaran maklumat undang-undang, pemindahan mereka yang ditahan dilakukan sepenuhnya bagi mengadili mereka yang terlibat dalam pemerdagangan manusia ini dapat dibawa ke muka pengadilan di Malaysia.
"Ini kerana ada tuduhan di peringkat antarabangsa bahawa seolah-olah Malaysia tidak melakukan cukup usaha bagi melakukan penangkapan, siasatan dan mendakwa mereka (dalang) di mahkamah," katanya.
Pada Mei lalu, pasukan keselamatan menemui 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Kira-kira 106 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket ditemui hasil operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa.
Tan Su Lin
Mon Dec 21 2015
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian pada Mei lepas. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia
Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Jangan guna agama selindung kezaliman - Che Puan Khaleeda
Che Puan Khaleeda dengan tegas bertitah, agama seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.