Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditempatkan di dalam lokap secara beramai-ramai.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Rabu, beliau bagaimanapun berkata tahanan tersebut dilayan mengikut penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menekankan penjarakan sosial.

Sementara itu, kenyataan itu turut menyebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang menafikan dakwaan berhubung talian hotline bantuan untuk COVID-19.

“JKM Pahang menafikan dakwaan mengenai terdapat talian hotline JKM di daerah-daerah di negeri Pahang untuk dihubungi bagi mendapatkan bantuan COVID-19 sepanjang tempoh 29 Mac sehingga 14 April,” katanya.

Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim turut menafikan dakwaan bahawa seorang pekerja pasaraya TF Value Mart di Kulim positif COVID-19.

.