Cadangan Umno Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang disandang Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan petanda baik mengekalkan keharmonian landskap politik di negeri itu.
Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, langkah itu sekali gus merapatkan hubungan dua parti selain membuktikan sikap hormat Umno kepada PAS.
"Itu langkah terbaik dan paling strategik di atas faktor mengharmonikan suasana PAS dan Umno.
"Kita lihat Umno menghormati kawasan Pas di mana ia membina platform gandingan politik erat di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Mohammad Agus mengulas cadangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berpandangan tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.
Bagaimanapun kata Mustapa, keputusan itu masih terlalu awal memandangkan kekosongan kerusi itu masih belum diumumkan.
Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Agus, kerjasama Pas dan Umno di Kelantan disifatkan makin erat selepas bencana banjir akhir tahun lepas.
"Ia semakin rapat selepas banjir besar lepas dan jika Umno tidak bertanding di DUN Chempaka, hubungan itu pasti akan menjadi semakin erat," jelasnya.
Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis lepas, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Dalam perkembangan berasingan, Dr. Mohammad Agus menjelaskan, Umno tidak boleh menarik diri dan membiarkan laluan mudah untuk PKR menang percuma di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Tegasnya, situasi itu disifatkan berbeza dengan apa yang berlaku di Kelantan.
"Di Permatang Pauh itu adalah antara Umno, PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
"Di Kelantan berbeza, ia adalah antara Umno dan Pas yang membawa banyak persamaan termasuk isu-isu yang ditangani bersama akhir-akhir ini," jelasnya.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Wan Syamsul Amly
Sat Feb 14 2015
MOHAMMAD AGUS: Tidak letak calon DUN Chempaka keputusan terbaik bagi UMNO - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Video jelik, budaya kotor perlu dihentikan segera - Ahmad Fadhli
Perbuatan merakam video jelik dan budaya kotor dalam jabatan atau agensi kerajaan perlu dihentikan segera bagi mengelakkan penyebaran aib individu tertentu.
Ahmad Maslan tidak bodoh - Mohammad Agus
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menegaskan tidak pernah menyatakan secara terbuka Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang pemimpin yang bodoh.
PRK P.Pauh: Jangan guna GST sebagai bahan kempen - Mohammad Agus
UMNO dinasihat tidak menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai jaminan cukai itu dapat menurunkan harga barang semasa berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Tidak letak calon DUN Chempaka keputusan terbaik bagi Umno - Mohammad Agus
Cadangan UMNO Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Chempaka disifatkan petanda baik keharmonian landskap politik di negeri itu.
Perlukah PT3 yang kelam-kabut dikekalkan? - Mohammad Agus
Kecelaruan yang timbul daripada keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dilihat tidak dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara.