PERBINCANGAN terbuka mengenai jawatan Perdana Menteri daripada UMNO yang lenyap seketika sebelum ini kembali diperkatakan baru-baru ini.
Ia kembali hangat selepas Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh menggesa UMNO menamakan calon Perdana Menteri untuk Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tatkala timbul beberapa nama yang diusulkan, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata tidak mustahil Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih semula untuk menjawat jawatan tersebut.
“Saya percaya Najib ada pengaruh 70 peratus (dalam UMNO), Najib sudah lalui semuanya, kalau kita nak kata orang lain, saya tak nampak siapa lagi kerana dia ada sifat sebagai pemimpin,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim
Beliau juga optimis Najib mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menerajui negara berdasarkan rekod beliau memimpin negara sebelum ini.
“Najib mempunyai ilmu dan pengalaman dan telah melalui segala proses dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO.
“Beliau tidak meninggalkan perjuangan (parti). Persepsi orang (kepada beliau) kerana ada pihak yang melontarkan (tuduhan) tidak baik dan ada orang ikut,” ujarnya.
BACA: PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Sivarraajh.
Beliau berkata, antara masalah yang perlu diselesaikan jika benar BN ingin bertarung sendiri dalam PRU15 kelak adalah memutuskan siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri.
Astro AWANI pada 31 Mac lepas melaporkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk UMNO menamakan calon Perdana Menterinya.
Ini kerana, katanya, tarikh PRU15 masih belum diketahui, malah UMNO juga belum menjalankan pemilihan parti yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinannya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah - juga daripada UMNO - turut menyuarakan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri.
Meskipun hasrat itu mungkin tidak mendapat sokongan partinya namun bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun itu berpendapat dirinya memiliki semua yang diperlukan untuk memegang jawatan tersebut.
Memetik laporan The Vibes, Tengku Razaleigh yang mesra disapa Ku Li itu juga mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah bergurau dengan berkata beliau merupakan calon Perdana Menteri yang paling sesuai bagi UMNO sekiranya parti tersebut menang dalam PRU15.
“Anda sedang bercakap dengan dia sekarang,” kata Mohamad berseloroh pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) baru-baru ini.
BACA: PAU2020: Siapa calon PM dari UMNO? Sayalah - Tok Mat berseloroh
Astro Awani
Sun Apr 04 2021
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata tidak mustahil Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih semula menjawat jawatan tersebut. - Gambar fail/ Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.