Kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghalang tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah terjadi sebelum ini.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meluahkan rasa hairannya terhadap laporan SPRM menahan seorang pegawai IPD yang sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.

Dalam twit balasnya kepada Astro AWANI, Musa berkata menghalang polis menjalankan tugas juga merupakan satu kesalahan jenayah.



Kata Musa, sepatutnya apabila sesuatu kesalahan jenayah disyaki dilakukan oleh mana-mana pegawai polis, Ketua Polis perlu beri kerjasama kepada agensi yang menyiasat.



Musa turut bersetuju dengan salah satu pendapat pengguna media sosial bahawa PDRM tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes tersebut.