Tidak pernah berlaku SPRM halang polis jalankan tugas - Musa Hassan

Astro Awani
Jun 26, 2015 04:32 MYT
Kata Musa, sepatutnya apabila sesuatu kesalah jenayah disyaki dilakukan oleh mana-mana pegawai polis, Ketua Polis perlu beri kerjasama kepada agensi yang menyiasat. - Foto Fail
Kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghalang tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah terjadi sebelum ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meluahkan rasa hairannya terhadap laporan SPRM menahan seorang pegawai IPD yang sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.
Dalam twit balasnya kepada Astro AWANI, Musa berkata menghalang polis menjalankan tugas juga merupakan satu kesalahan jenayah.

@501Awani sungguh mnghairankan tidak pernah berlaku perkara sebegin dulu. Ini satu halangan utk mnjlnkan tugas juga satu kesalahan jenayah.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Musa, sepatutnya apabila sesuatu kesalahan jenayah disyaki dilakukan oleh mana-mana pegawai polis, Ketua Polis perlu beri kerjasama kepada agensi yang menyiasat.

@idhamrasul @501Awani bila satu keslahn jenayah disyakki dilakukan mana2 pegawainya, ketua polis perlu beri kerjasama pd agensi yg mnyiasat.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Musa turut bersetuju dengan salah satu pendapat pengguna media sosial bahawa PDRM tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes tersebut.

Nasihat yg baik. Yg penting image pasukan tidak tercalar dn tak melindungi pegawai yg disyakki melakukan kesalahan. https://t.co/5IXwMeREgN

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@idhamrasul @501Awani Mreka yg enggan mendengar suara rakyat tidak akan tahu keadaan sebenar slogan "kerjasama dgn msyrakt tiada makna"

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Musa Hassan #PDRM #SPRM