PUTRAJAYA:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan COVID-19.

"Saya berpendapat daripada pengalaman kita ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah, apabila diadakan PRU nanti, maka wabak COVID-19 ini akan merebak sehingga sekarang ini tidak berhenti. Jadi, kalau kita adakan PRU sekali lagi, mungkin 50 peratus daripada kita akan terkena COVID-19," katanya.

Ditanya pemberita selepas melancarkan platform e-dagang, Herbee oleh The Human Life Advancement Foundation (HLAF) and Dropee di sini hari ini, sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya dah umur 95 tahun, tak boleh berjalan berapa betul dah, takkan nak suruh saya bertanding lagi."

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung


Proklamasi darurat berkuat kuasa dari 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021

-- BERNAMA