KUALA LUMPUR :Tiga dokumen rasmi akan dilancarkan oleh negara anggota ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 termasuk melibatkan Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata ia telah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal tahun ini.
Selain itu, jelas beliau, cabaran landskap dunia pasca COVID-19 antara perkara utama yang akan dibincangkan pada sidang tersebut.
"Ia merupakan satu pandangan yang tepat, lebih-lebih lagi dalam kita nak menghadapi dunia landskap pasca COVID-19.
"Satu tindakan yang komprehensif yang melibatkan 10 negara bersama untuk meneliti, menyelami dan melihat kepada apa yang perlu kita tangani bersama," katanya dalam sidang media selepas menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya pada Selasa.
Hishammuddin berkata dua lagi dokumen rasmi yang dikemukakan pada Sidang Kemuncak tersebut adalah Dokumen Kajian Jangka Pertengahan Visi komuniti ASEAN 2025 dan Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata Malaysia akan turut mengambil kesempatan menyuarakan pendirian-pendirian penting negara khususnya berkaitan isu-isu antarabangsa serta perkara yang menyentuh kepentingan ASEAN dan negara ini.
Katanya lagi, ia termasuk berhubung pendirian Malaysia terhadap isu Palestin.
"Mana-mana ruang dan peluang untuk kita menyuarakan pendirian kita yang cukup konsisten dan tegas daripada dulu lagi, merupakan sesuatu yang wajib kita bangkitkan.
"Mesyuarat kita pagi tadi juga tidak terkecuali daripada kita membuat pendirian dan menyatakan apa dia suara rakyat Malaysia dan pendirian kepimpinan dan kerajaan (berhubung isu Palestin)," jelas Hishammuddin.
Selain itu, Hishammuddin berkata antara perkara yang dijangka menjadi fokus pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 adalah berhubung kait isu vaksin, keselamatan, keganasan serta pemulihan ekonomi.
"Isu berhubung kait dengan rantaian bekalan dan juga keselamatan makanan yang terjejas kerana COVID-19, semua ini perlu dibincangkan dan dikongsi bersama (berdasarkan) pengalaman negara-negara anggota ASEAN di peringkat tertinggi dalam kemuncak ini.
"Saya rasa itu merupakan satu paltform terbaik untuk kita melihat dan bagaimana kita dapat menghadapi dalam satu blok - 10 negara, dan ini satu kelebihan yang ada kepada kita di ASEAN dan cara bagaimana kita membawa diri kita sejak dulu lagi, saya rasa ini satu perkara yang boleh kita banggakan," katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, pada Khamis ini.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta Hishammuddin.
Sidang Kemuncak tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, selaku Vietnam sebagai Pengerusi ASEAN pada 2020.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 10 2020
Selain itu, jelas beliau, cabaran landskap dunia pasca COVID-19 antara perkara utama yang akan dibincangkan pada sidang tersebut. - Gambar fail
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.