KOTA BHARU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan pembersihan data bagi menyelesaikan masalah berhubung penerima lengkap vaksin COVID-19 yang tidak memperoleh sijil digital vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu pihaknya juga telah mengenal pasti tiga faktor yang menyebabkan masalah itu berlaku.
"Faktor pertama yang menyumbang kepada perkara itu ialah apabila petugas menyuntik ratusan ribu penerima vaksin setiap hari. Ada berlaku nombor siri vaksin tidak dikemas kini di akhir proses oleh mereka di stesen vaksinasi yang akhir.
"Selain itu ada yang masih tidak menerima sijil vaksinasi kerana apabila mereka mengisi pendaftaran di MySejahtera, terdapat kesilapan maklumat seperti ejaan nama yang berbeza atau nombor kad pengenalan yang tidak lengkap berbanding data di Jabatan Pendaftaran Negara," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Beliau berkata faktor ketiga adalah disebabkan ada data yang diterima daripada program vaksinasi di luar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Contohnya yang dikendalikan oleh kerajaan negeri, pihak swasta, pejabat kedutaan dan penerima vaksin dari luar negara, data-data itu tidak melalui saluran sistem PICK. Oleh itu data-data berkenaan perlu disahkan dan dikemas kini terlebih dahulu, menyebabkan sijil digital mereka tidak dapat dikeluarkan serta-merta," katanya.
Khamis lepas media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan pasukan MySejahtera untuk menyelesaikan isu sijil digital di aplikasi MySejahtera dalam tempoh seminggu bagi individu yang lengkap menerima vaksin, susulan kebimbangan orang ramai yang masih belum mendapat sijil digital vaksinasi mereka meskipun sudah melengkapkan pengambilan dos vaksin COVID-19.
Sementara itu merujuk kepada perkembangan bekalan vaksin COVID-19 di Kelantan, Dr Adham berkata negeri ini akan menerima bekalan vaksin sebanyak 1,248,900 juta dos sepanjang bulan September ini.
"Selain itu 18,000 dos vaksin CanSino akan dibekalkan kepada kawasan pedalaman terutamanya di Gua Musang dan Kuala Krai bagi memenuhi permintaan masyarakat di luar bandar. Mengikut data yang diperoleh ia melibatkan 7,000 masyarakat Orang Asli dan dos selebihnya akan diberikan kepada penduduk di pedalaman," katanya.
Beliau berkata menerusi bekalan vaksin itu lebih banyak lagi program vaksinasi secara jumpa terus atau program capaian (outreach) akan dilakukan untuk menjejaki individu yang sebelum ini mungkin tercicir daripada pendaftaran sistem MySejahtera, secara bersemuka, dalam talian dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
MOSTI akan bekerjasama dengan KKM untuk melakukan pembersihan data bagi menyelesaikan masalah berhubung penerima lengkap vaksin COVID-19 yang tidak memperoleh sijil digital vaksinasi. - Gambar fail/BERNAMA
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.
MOSTI lancar Agenda Force For Good di bawah MRANTI, komitmen melindungi alam sekitar - Lih Kang
Inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara.