Tiga kawasan mencatatkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada tidak sihat kepada sederhana setakat pukul 2 petang.
Ini menjadikan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat menurun kepada 31 kawasan berbanding 34 kawasan pada 9 pagi tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan yang pagi tadi dikategorikan tidak sihat tetapi kini sederhana ialah Bakar Arang, Sungai Petani di Kedah dengan bacaan IPU 100 daripada 123, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang kini 98 daripada 127 dan Kuala Selangor menurun daripada 113 kepada 97.
Kemaman mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 190 diikuti Balok Baru di Kuantan dengan 189 serta dua kawasan di Ipoh iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (177) dan Jalan Tasek (175).
BACA: Sekolah cuti akibat jerebu: 'Takkan pelajar sekolah saja?'
BACA: #AwaniHaze: Netizen kongsi gambar situasi jerebu
BACA: Jerebu: 5 tanggapan salah masyarakat
Selain itu, Jerantut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan 174, Batu Muda, Kuala Lumpur (167), Sri Aman, Sarawak dan Indera Mahkota, Kuantan (161), Banting (160), Nilai (158), Putrajaya (151), Seri Manjung (152), Seremban dan Pelabuhan Klang (149) dan Sarikei (141).
Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Shah Alam (137), Cheras, Petaling Jaya dan Bukit Rambai (133), Paka dan Port Dickson (132), Samarahan (131), Bandaraya Melaka (128), Seberang Jaya 2, Perai dan Kampung Air Putih, Taiping (124), Muar (120), Kuching (119), Sibu (116), Perai (106), Pasir Gudang (104) dan Larkin Lama (102).
IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Bernama
Tue Sep 15 2015
Seorang wanita dengan topeng muka sedang melintasi Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara petang ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.
Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.
Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.