KUALA LUMPUR: Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan kes berkenaan dilakukan berikutan laporan penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor pada 23 Jun lepas.
"Bertindak atas maklumat awam dan siasatan, pada 11 Julai, polis menahan kenalan mangsa, iaitu empat lelaki berumur lingkungan 18 hingga 44 tahun di kawasan Batu 14, Hulu Langat bagi membantu siasatan.
"Mangsa, seorang lelaki berumur 28 tahun selepas disahkan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai berhutang dengan salah seorang daripada empat yang ditahan itu.
"Hasil pemeriksaan dan ujian awal saringan air kencing mendapati semua yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan dua daripada mereka mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan.
Naazron berkata tiga suspek yang terlibat akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala seorang lagi suspek akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan kes berkenaan dilakukan berikutan laporan penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor pada 23 Jun lepas. - BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok
Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.
Tiga lelaki didakwa curi kenderaan pacuan empat roda
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai lebih RM200,000, bulan lepas.