BUTTERWORTH: Polis menahan tiga lelaki yang bertindak kasar 'merampas' dan melarikan kereta Perodua Axia milik seorang pemuda sewaktu berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bagan Lalang, di sini.
Ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 49, 29 dan 27 tahun, ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata, tangkapan dibuat semalam susulan video tular menunjukkan suspek bertindak merampas kereta berkenaan.
Katanya, siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek diupah seorang pemberi pinjaman wang untuk merampas kereta dinaiki anak mangsa.
Menurut Mohd Asri, kejadian pada jam 7.45 pagi Rabu itu didapati berlaku gara-gara ibu mangsa yang berusia 57 tahun gagal melunaskan hutang pinjaman along.
"Ibu mangsa telah membuat pinjaman wang RM100,000 dengan seorang lelaki dan membuat perjanjian bertulis, sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman, dia akan menyerahkan kenderaannya kepada lelaki berkenaan.
"Disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan hutangnya, pemberi pinjaman bertindak merampas kereta yang dipandu mangsa sewaktu berhenti di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Butterworth.
"Akibat kegagalan ibu mangsa membayar balik wang pinjaman, maka pemberi pinjaman telah mengupah orang untuk merampas kereta anak mangsa.
"Ketiga-tiga suspek berkenaan adalah orang upahan yang diupah pemberi pinjaman terbabit.
"Semasa tangkapan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah dan polis akan membuat permohonan reman ke atas mereka hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.
Pihak polis masih dalam usaha mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menularkan video kejadian berkenaan dan merujuk kepada pihak yang berkenaan untuk pengesahan maklumat.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122.
Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 1 saat memaparkan tiga lelaki bertindak 'merampas' kereta Axia dipandu seorang pemuda yang sedang berhenti ketika lampu isyarat merah.
Pemandu kereta yang ditarik keluar dari kenderaan dipandunya secara paksa itu kelihatan terpinga-pinga dan meminta pertolongan penunggang motosikal di situ sebelum ada yang dilihat bertindak mengekori suspek.
Astro Awani
Thu Jun 01 2023
Satu video berdurasi 1 minit 1 saat tular memaparkan tiga lelaki 'merampas' kereta Axia dipandu seorang pemuda yang sedang berhenti ketika lampu isyarat merah di Jalan Bagan Lalang, Butterworth. - Foto ihsan pembaca
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.
Pemandu Audi A4, Toyota Wish memandu secara berbahaya ditahan
Memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba dan memotong di lorong kecemasan.
Cuba tarik kereta wanita, polis tahan dua lelaki
Tangkapan pertama dibuat selepas seorang pemandu trak tunda tampil menyerah diri pada 2.20 petang semalam manakala rakannya ditahan di sebuah hotel pada 11.50 malam pada hari sama.
Wanita cemas bayaran kereta 'tertunggak' 19 bulan
Mangsa cuba menghubungi bank untuk mendapatkan kepastian namun telah dihalang oleh salah seorang daripada suspek.
Rasuah: Tiga ejen tarik kereta tidak mengaku bersalah 'peras' wang suapan
Tiga individu itu dituduh meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.