Tiga rang undang-undang melibatkan mahkamah menjadi tumpuan pada Rabu dengan penyertaan lebih 20 ahli Parlimen yang majoritinya merupakan pengamal undang-undang.
Pindaan ke atas Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 itu diluluskan dengan sokongan suara terbanyak walaupun rata-rata wakil rakyat pembangkang mencadangkan pindaan diteliti sebelum diluluskan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi kerajaan seperti aspek teknologi, peruntukan kewangan serta jaminan terhadap sistem keselamatan yang akan diguna pakai.
Perbahasan dimulai dengan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 yang melibatkan prosiding mahkamah dijalankan melalui rangkaian video atau televisyen secara langsung atau apa juga medium komunikasi elektronik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata kaedah tersebut adalah alternatif yang membolehkan pihak terlibat dalam prosiding memilih sama ada prosiding kes dijalankan secara dalam talian atau fizikal.
Katanya buat masa ini pengendalian itu hanya diguna pakai untuk prosiding kes sivil.
"Perkara ini bukanlah sesuatu yang mandatori, perincian kes yang akan didengar secara dalam talian akan dibuat melalui arahan amalan atau 'practice direction' yang akan dibuat oleh Badan Kehakiman, pihak Ketua Hakim Negara atau Pejabat Ketua Hakim Negara.
"Pada masa ini, pendengaran dalam talian adalah bagi kes-kes sivil sahaja dan mesyuarat telah diadakan di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam pada 18 Jun sebelum rang undang-undang ini dibawa ke Parlimen," katanya.
Memperincikan perkara itu, Takiyuddin menegaskan bahawa pindaan akta tersebut dirancang sebelum negara dilanda pandemik COVID-19.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020, pula RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu implikasi kepada saksi perbicaraan, keupayaan mahkamah rendah menjalankan perbicaraan menggunakan teknologi susulan tiada kelengkapan yang diperlukan selain masalah jumlah kes perbicaraan yang banyak setiap hari.
"Kita risau tanpa kehadiran saksi secara fizikal ke mahkamah, misalnya mereka berada di rumah atau bilik khas, saksi mungkin cenderung memberi kenyataan yang tidak benar," katanya.
Dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) membangkitkan kerisauan kemungkinan berlaku "separation of power" sekiranya pindaan Subseksyen 3(2) akta itu berhubung cadangan keanggotaan Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur digantikan dengan keanggotaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam keanggotaan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah diluluskan
Bagaimanapun Takiyuddin dalam penggulungannya menjelaskan penggantian itu adalah sesuai berikutan jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berstatus Ketua Jabatan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dan merupakan jawatan Pegawai Undang-Undang tertinggi di PKPMP.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Tiga rang undang-undang melibatkan mahkamah menjadi tumpuan pada Rabu dengan penyertaan lebih 20 ahli Parlimen yang majoritinya merupakan pengamal undang-undang.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Tiga rang undang-undang berkaitan mahkamah diluluskan
Tiga rang undang-undang melibatkan mahkamah menjadi tumpuan pada Rabu dengan penyertaan lebih 20 ahli Parlimen yang majoritinya merupakan pengamal undang-undang.