KUALA LUMPUR: Tiga buah syarikat telah diberikan kontrak oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 kepada 140 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pemberian kontrak kepada ketiga-tiga syarikat tersebut adalah bernilai RM9.72 juta.
Jelas beliau, pemilihan syarikat tersebut dibuat hasil rundingan dan persidangan Jawatankuasa Rundingan Harga dengan enam buah syarikat pada 10 Sept lalu, sebelum mengenalpasti tiga syarikat yang memenuhi pertimbangan yang ditetapkan oleh KPM.
"KPM telah mengeluarkan surat setuju terima pada 13 September 2021, kepada tiga syarikat yang berjaya dengan nilai kontrak berjumlah RM9.72 juta.
"Penghantaran kit ujian saringan kendiri telah disempurnakan oleh syarikat tersebut kepada 140 PPD dan JPN seluruh negara pada 25 September lalu.
"Untuk makluman, pembekalan kit ujian ini adalah untuk sesi pembukaan sekolah pada Oktober hingga Disember 2021," katanya pada Sesi Pertanyaan- Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah-sekolah termasuk kos yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian.
Mengulas lanjut, Radzi berkata enam daripada tujuh syarikat pembekal kit ujian yang menepati kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan KPM telah mengemukakan cadangan kepada kementerian, mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu sebelum 6 September.
Jelas beliau, asas pertimbangan untuk pemilihan syarikat termasuk kit ujian saringan kendiri COVID-19 menepati spesifikasi yang ditetapkan dan harga tawaran yang menguntungkan kerajaan.
"Selain itu, nilai tambah oleh pihak pembekal, keupayaan syarikat dalam melaksanakan pembekalan dalam kadar segera serta keupayaan syarikat untuk membuat penghantaran ke 140 PPD dan JPN seluruh negara sebelum atau pada, 26 September," ujar beliau.
Cadangan pembekalan dibuat mengikut zon bagi memastikan syarikat boleh membekal peralatan kit ujian dalam tempoh masa yang ditetapkan, katanya.
Dalam masa yang sama, Radzi berkata memandangkan kit ujian saringan kendiri COVID-19 perlu dibekalkan di sekolah sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober dan atas faktor kesegeraan, KPM telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan perolehan tersebut secara rundingan terus pada 9 Ogos.
Permohonan tersebut katanya, telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 1 September lalu.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 07 2021
Radzi berkata, pemberian kontrak kepada ketiga-tiga syarikat tersebut adalah bernilai RM9.72 juta.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.