SEREMBAN: Tiga termasuk dua warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 4, Jalan Chuah- Bukit Pelandok, Port Dickson dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, motosikal ditunggang seorang pekerja kontrak warga tempatan P. Daneshwaran, 22, dipercayai bertembung dengan motosikal dinaiki dua lelaki warga Pakistan iaitu Usman Muhammad, 34, dan Hassan Ahmad, 29.
Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda Wave milik Daneshwaran yang sedang dari arah Lukut menghala ke Bukit Pelandok dikatakan telah bertembung motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Usman, juga seorang pekerja kontrak, dari arah bertentangan.
"Susulan pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terpelanting di atas jalan raya dalam kejadian hujan lebat.
"Akibat kemalangan berkenaan, kesemua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan Usman disahkan maut di lokasi kejadian manakala Daneshwaran dan Hassan meninggal dunia di Hospital Port Dickson ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Aidi Sham berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Tiga termasuk dua warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 4, Jalan Chuah- Bukit Pelandok, Port Dickson. -Gambar hiasan
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Tiga termasuk dua warga Pakistan maut motosikal bertembung di Port Dickson
Susulan pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terpelanting di atas jalan raya dalam kejadian hujan lebat.