KUALA LUMPUR: Penggunaan aplikasi TikTok sebagai satu ruang perkongsian pelbagai ilmu bukan sahaja memanfaatkan golongan pelajar tetapi juga masyarakat umum yang berbilang kaum tanpa mengira usia dan latar belakang.
Tambahan pula, setiap kandungan video menampilkan kaedah pembelajaran ringkas yang kreatif, padat dengan fakta penting untuk dipelajari dan dihayati sehingga menarik perhatian pengguna TikTok sekali gus berjaya memasuki FYP (For Your Page) iaitu halaman yang mengandungi video dan kandungan viral di platform berkenaan.
Guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, 45, berpendapat kandungan video singkat dengan durasi maksimum tiga minit sangat membantu dalam menyampaikan maklumat agar lebih mudah difahami.
"Tujuan saya untuk berkongsi ilmu secara santai. Atas sebab itu, saya biasanya hanya buat video dalam tempoh 30 hingga 60 saat agar audiens tidak mudah rasa jemu dan bosan sekali gus mudah diterima," katanya kepada Bernama.
Beliau yang dikenali sebagai Sir Asai dalam kalangan pengguna TikTok memanfaatkan platform itu dengan mengajar bahasa Inggeris melalui perkongsian pelbagai tips dari segi tatabahasa, sebutan dan cara membina ayat dengan melibatkan penyertaan daripada pelajarnya.
"Kadang-kadang ada orang tidak suka belajar dengan cara formal, lagi-lagi bahasa Inggeris. Jadi apabila menggunakan pendekatan ini, secara tidak sedar kita semua belajar melalui penyampaian daripada video itu," katanya yang mengumpul lebih 447,000 pengikut di TikTok.
Justeru, pemegang Sarjana Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Exeter, United Kingdom itu berharap perkongsian tersebut dapat memberi ilmu kepada mereka yang menonton sekali gus membantu masyarakat menjadi lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa kedua itu.
Turut senada, Muhammad Syahmi Azizi, 29, yang sering memuat naik kandungan video berkaitan bahan dan fakta sejarah di akaun TikToknya @sirsyahmi92 menerusi penggunaan gambar dan bahasa yang mudah difahami.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Geologi dari Universiti Malaya itu mahu pengguna di platform berkenaan khususnya golongan muda agar lebih celik sejarah sekali gus membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat.
"Acap kali saya dengar orang kata belajar sejarah itu bosan, sedangkan ia ilmu yang amat penting untuk difahami dan dihayati. Lagipun, saya menggunakan konsep lebih santai agar mereka senang faham.
"Tujuan saya hanya satu, mahu warganet 'jatuh cinta' dengan sejarah dan bila itu berlaku mereka sendiri akan mencari maklumat mengenai sesuatu perkara. Contohnya, sejarah negara kita sendiri yang kaya dengan pelbagai cerita menarik," katanya yang berhasrat turun padang melakukan eksperimen sosial mengenai perkara tersebut sebagai kelainan dalam kandungan videonya.
Bahkan, Muhammad Syahmi yang mempunyai lebih 538,000 pengikut di TikTok, percaya dengan mempelajari sejarah dapat membantu melancarkan usaha perpaduan kaum sekali gus menyemai semangat cintakan tanah air.
Ammar Hamizan Muhammad Balyan, 24, pula mengambil inisiatif untuk mengajar teknik melukis di akaun TikToknya, @amamijan selepas menerima banyak permintaan dalam kalangan pengikutnya di Instagram.
Pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menganggap perkongsiannya itu bertujuan untuk menarik perhatian warganet yang ingin berjinak-jinak melukis.
"Pada saya, sesiapa pun boleh melukis, tak ada bakat pun tak apa, asalkan ada minat yang mendalam dan bersedia untuk belajar benda baharu. Jadi, bila kita fokus dan melukis dengan bersungguh-sungguh pasti lukisan itu akan menjadi," katanya yang menjadikan melukis sebagai hobi sedari kecil.
Malah, melalui gayanya yang bersahaja selain diselitkan dengan aksi humor, tidak hairanlah anak kelahiran Klang, Selangor itu berjaya mengumpul lebih 900,000 pengikut di TikTok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, 45, berpendapat kandungan video singkat dengan durasi maksimum tiga minit sangat membantu dalam menyampaikan maklumat agar lebih mudah difahami. - TikTok Sir Asai
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Pesohor media sosial cari suami kaya
Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
TikTok uji pempengaruh maya dikuasakan AI untuk jana kandungan, pengiklanan
Melalui ciri ini, pempengaruh maya yang dibangunkan dan ditawarkan kepada pengiklan boleh menghasilkan kandungan serta melakukan jualan melalui platform TikTok.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.
Pemilikan akaun media sosial beri kesan terhadap perkembangan minda kanak-kanak
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda.
TikTok kini bayar pencipta kandungan berdasarkan nilai carian
TikTok telah memperkenalkan Creator Rewards Program yang memberi ganjaran dalam bentuk bayaran tunai kepada pencipta kandungan dengan nilai carian yang tertinggi.
Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.