Timang baby boy, tahniah Mat Dan!

Gempak
Mei 13, 2018 02:45 MYT
Mat Dan dan isterinya diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu. Foto Instagram Mat Dan
PENGACARA rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lepas.
Berita tersebut dikongsi oleh hos program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.
"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," tulis Mat Dan di ruangan kapsyen.
Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka bernikah.
Sumber: BH Online
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mat Dan
#anak lelaki #anak sulung #bayi #Haramain Backpackers #hos program #Instagram #Mat Dan #Mat Dan Kaki Jalan