Lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah yang bertindak keluar meninggalkan parti itu semalam sudah lama dijangka.
Ketua Wanita UMNO Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata tindakan mereka itu menunjukkan ahli PPBM mulai sedar dan tidak mahu terus diperalatkan oleh parti yang tiada agenda dan hala tuju perjuangan.
"Bagi Wanita UMNO Bahagian Pendang, tindakan lima pemimpin Srikandi itu keluar parti merupakan suatu perkara yang telah lama dijangka...ramalan itu terbukti tepat apabila ramai yang keluar parti itu terutama sejak akhir-akhir ini," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, UMNO yang mengamalkan budaya politik matang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai suasana politik PPBM ketika ini.
Kata Suraya, budaya cacian dan kutukan dengan memberi pelbagai gelaran negatif adalah perkara biasa dalam PPBM apabila ada ahlinya yang meninggalkan parti berkenaan.
"Tindakan itu juga mungkin satu propaganda politik yang sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan mereka yang sudah tak tahan bersama PPBM, terutama melalui media sosial.
Suraya berkata sejak PPBM ditubuhkan setahun lalu, antara masalah yang sering menjadi ketidakpuasan hati anggotanya ialah corak dan budaya politik parti itu yang bersifat 'kuku besi' serta tidak menghiraukan suara akar umbi dan kronisme aristokratik.
Katanya, budaya yang diamalkan PPBM adalah jauh berbeza dengan UMNO yang tidak mengamalkan corak demikian dan tidak pernah menghalang anggotanya untuk keluar UMNO dan sertai PPBM.
"Kami tidak halang mereka ketika mahu keluar parti dan sertai PPBM dulu. Kami juga tak pernah tuduh mereka 'makan dedak' atau gelar dengan gelaran kesat sebagaimana yang dihamburkan oleh pihak tertentu kepada mereka selepas meninggalkan PPBM. Itu bukan sikap Wanita UMNO," katanya.
Semalam, lima pemimpin Srikandi PPBM termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di negeri ini, mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Mereka terdiri daripada Exco Srikandi Malaysia merangkap Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Zuraini Kamal serta dua Anggota Jawatankuasa (AJK) PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat yang juga Ketua Srikandi PPBM Pendang dan Rukiza Abu Bakar yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.
Dua lagi adalah AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 04 2017
Suraya berkata tindakan lima Srikandi itu menunjukkan ahli PPBM mulai sedar dan tidak mahu terus diperalatkan oleh parti yang tiada agenda dan hala tuju perjuangan. - BERNAMA/Fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.
Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri
Amir Hariri berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.
PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar DAP seterusnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta
Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran hari ini mengumumkan keluar dari parti MIC berkuat kuasa serta-merta.
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu
Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.