Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim meminta agensi berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap pemborong yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan bekalan mereka kepada peruncit.
Beliau berkata ini kerana tindakan sedemikian oleh pemborong yang tidak bertanggungawab merupakan satu daripada punca kenaikan harga barangan, termasuk makanan, di pasaran sehingga membebankan pengguna.
"Ada beberapa barangan yang kenaikan harganya agak mendadak dan tidak diketahui puncanya sehingga dinaikkan sebanyak RM1," katanya kepada pemberita selepas meninjau paras harga di pasar sekitar Tuaran dan Kota Belud, Jumaat.
Sehubungan itu, Shahidan berharap semua pemimpin masyarakat, termasuk wakil rakyat, turun padang untuk memantau harga barang.
"Ada orang yang cuba ambil kesempatan. Mereka yang mengambil kesempatan inilah petualang yang tidak boleh diampun. Ada juga peniaga asing yang berniaga dan mengambil kesempatan. Kita akan lihat semua situasi ini," katanya.
Bernama
Sat Jan 18 2014
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Awas, jangan sesekali naikkan harga barangan sesuka hati!
Kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang menaikkan harga barangan.