KUALA LUMPUR:Telekom Malaysia (TM) mencatatkan peningkatan penggunaan trafik Internet keseluruhan sebanyak 15 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua mula dilaksanakan pada 13 Jan, 2021 berbanding semasa PKP pertama pada Mac 2020.
Menurut TM, susulan penguatkuasaan PKP 2.0 kebanyakan rakyat Malaysia amat bergantung kepada kesambungan Internet untuk komunikasi dalam talian agar kekal terhubung dan produktif semasa bekerja dan belajar di rumah, sekali gus mendorong lonjakan penggunaan data yang tidak dapat dielakkan.
"Kami memiliki kapasiti dan kesambungan jaringan yang pelbagai di seluruh negara dan dunia untuk menyokong lonjakan permintaan yang besar dan segera terhadap jalur internet, hasil daripada usaha pengoptimuman jaringan berterusan kami.
"Perkongsian sedia ada kami dengan syarikat teknologi utama dunia dan jaringan sosial dalam mengendalikan kandungan Internet di Malaysia juga memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik semasa mengakses aplikasi dan kandungan," katanya kepada Bernama melalui e-mel, di sini.
TM menjelaskan industri telah bergabung untuk menyokong inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan menawarkan pakej data mudah alih istimewa untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
"Pakej ini juga telah diperluas kepada penuntut institusi pengajian tinggi berusia di bawah 22 tahun menerusi pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
"Pakej istimewa ini menawarkan pas data LTE 15GB pada harga RM20 sahaja dan tersedia sehingga 30 April, 2021. Semua syarikat telekomunikasi juga memperluas data Internet 1GB tambahan percuma setiap hari, sah selama 24 jam sehari bagi tempoh yang sama," menurutnya.
Menurut TM, industri ini juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar percuma di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih untuk calon SPM dan STPM 2021.
"Sejumlah 130 PPR yang terlibat dalam projek ini di seluruh negara, antaranya, 59 akan diuruskan oleh TM," jelasnya.
Selain itu, TM kini menyediakan fleksibiliti lebih besar melalui penawaran pelan 'unifi Your World', yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan kandungan televisyen, mudah alih dan Internet pelanggan.
Melalui tawaran yang disesuaikan ini, pelanggan boleh memilih pilihan jalur lebar kediaman dan menggabungkannya dengan pelan data mudah alih 4G LTE tanpa had, pek hiburan dari unifi TV dan peranti seperti unifi 'Plus Box' atau 'Mesh Wi-Fi'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 30 2021
Susulan penguatkuasaan PKP 2.0 kebanyakan rakyat Malaysia amat bergantung kepada kesambungan Internet untuk komunikasi dalam talian agar kekal terhubung dan produktif semasa bekerja dan belajar di rumah. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.
Gangguan internet: TM sahkan masalah kabel dasar laut
TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.
Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities
Katanya, sehingga kini TM memiliki tujuh pusat data di seluruh Malaysia dan menerusi kerjasama itu, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakaran Nxera bagi membangunkan pusat data terkini.
TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.
Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.
#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda
Seiring dengan pelancaran Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data 4G5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3.
TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.
TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul
TM dan YES telah persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.
Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus.