INDONESIA meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara badminton hari ini.

Dalam final acara beregu wanita di Musashino Forest Sport Plaza, gandingan Greysia Polii-Apriyani Rahayu, berada di ranking keenam dunia, berhasil menewaskan pasangan pilihan kedua dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-19, 21-15 dalam tempoh kurang daripada sejam.

Setakat ini, Indonesia telah mengumpulkan satu emas, satu perak dan dua gangsa untuk kini menduduki tangga ke-34 keseluruhan.