KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.

Nur Dhabitah, 22, meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir sebentar tadi, sekali gus melayakkannya ke peringkat final, esok.

BACA: Tokyo 2020: Nur Dhabitah mara ke separuh akhir

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.