MARCELL Jacobs berasakan hubungan baik yang diperbaiki dengan bapanya sebagai faktor utama dia berjaya menggantikan Usain Bolt sebagai juara Olimpik 100 meter.

Atlet Itali, Jacobs, menggegar Tokyo semalam selepas memenangi acara 100m dengan catatan masa 9.80 saat -- memecahkan rekod Eropah 9:84s yang dilakarkan beberapa jam dalam separuh akhir.

Jacobs, yang berpindah acara lompat jauh yang melakukan catatan masa di bawah 10 saat buat pertama kali pada bulan Mei, berjaya melakukan larian yang sempurna -- mendahului Fred Kerley dari Amerika Syarikat dan Andre de Grasse dari Kanada.

BACA: Tokyo 2020: Marcell Jacobs ungguli emas acara 100 meter

Jacobs mengakui bahawa adalah ia sesuatu yang sukar untuk dipercayai apabila berjaya muncul pemenang dalam acara ini.

"Saya berasakan pada 2008, saya berada di pantai dan menonton Sukan Olimpik di TV. Ketika itu, saya masih bukan lagi atlet profesional," katanya.

"Saya masih ingat setiap perlumbaan Usain Bolt, sungguh menakjubkan apabila saya sudah berjaya berada di sini.

"Apa yang boleh saya katakan sukar untuk membandingkan diri saya dengan dia. Dia sebenarnya adalah wajah seluruh era olahraga, dia mengubah olahraga buat selamanya.

"Saya yang memenangi pingat emas selepasnya, sukar dipercayai. Tetapi untuk membuat perbandingan, saya berasakan ini bukan waktunya tetapi kita harus melihat bagaimana keadaannya di masa depan."