KUALA LUMPUR: Nur Dhabitah Sabri, sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.
Walaupun dicabar sengit oleh jaguh-jaguh dunia lain pada saingan akhir 3 meter papan anjal semalam, namun atlet kelahiran Kuala Lumpur itu tidak pernah patah semangat.
Tampil secara eksklusif di saluran radio Astro, GEGAR pagi ini, Nur Dhabitah berkongsi cerita yang mungkin ramai akan menyifatkan sebagai perkara ‘peribadi’ yang tidak pernah dihebahkan sebelum ini.
Menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, Nur Dhabitah ditanya berkenaan kemungkinan sudah ‘berteman’.
“Dhabitah, ‘senyuman’ awak itu ada orang jaga dah tak?” soal Shah.
BACA: Tokyo 2020: Tidak bawa pulang pingat, senyuman Nur Dhabitah paling 'win'
BACA: Tokyo 2020: "Senyumlah Nur Dhabitah" - Pesan Perdana Menteri
BACA: Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Namun, soalan itu seperti tidak jelas oleh Nur Dhabitah yang minta ia dijelaskan semula.
“Maksud awak? Maksudnya?” katanya.
“Maksudnya, senyuman itu ada yang ’special’ tak yang akan jaga senyuman tu?” soal Shah sekali lagi.
Namun, Nur Dhabitah akui soalan itu ‘senang’ untuk dijawab.
“Ohhh… Ok lah, senang. Saya cakap ‘direct’ la yer.
“Single but not available,” jawabnya.
Jawapan yang diberikan itu membuatkan kedua-dua pengendali, Shah dan Mek Zura terkejut selain menjerit teruja.
Dalam temu bual itu juga, Nur Dhabitah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan kepadanya sepanjang kariernya.
Pada Ahad Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.
Biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat kedua kepada Malaysia hari ini, aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi 'trending' di media sosial, kerana penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman sebelum melakukan terjunan.
BACA: Tokyo 2020: Pemenang pingat emas puji Nur Dhabitah
Astro Awani
Mon Aug 02 2021
Aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi 'trending' di media sosial, kerana penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman sebelum melakukan terjunan. - Foto BERNAMA
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama
Dhabitah akui tetap berasa tertekan kerana merasakan usianya cenderung kepada kecederaan.
Perkara akan jadi berbeza jika Christian Brooker masih ada - Dhabitah
Nur Dhabitah terkilan di atas perkara luar kawalan kem terjun negara yang menyumbang kepada prestasi merudum termasuk kehilangan jurulatih dari Australia, Christian Brooker.
Peluang Nur Dhabitah ke Sukan Olimpik 2024 berakhir
Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Sukan Asia: Pandelela-Nur Dhabitah Raih gangsa 10m platform seirama wanita
Keputusan itu menyaksikan Pandelela-Nur Dhabitah mengulangi pencapaian gangsa yang diraih Nur Dhabitah-Datuk Leong Mun Yee pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Kejohanan Akuatik Dunia: Kecederaan paksa Dhabitah tarik diri
Susulan kecederaan pada pergelangan tangan, Dhabitah yang yang sepatutnya bergandingan dengan Pandelela terpaksa menarik diri.
Nur Dhabitah Sabri, Jiggy Masin selamat bernikah
DALAM diam rupa-rupanya pelawak Jiggy Masin telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.
Road To Gold: Hajat Dhabitah
Menerusi projek RTG, penerjun berusia 24 tahun berharap dapat memperoleh sistem sokongan yang berkesan dan bersistematik.