Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO yang menyokong pandangan serta perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu ditolak daripada terus bersama parti.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata jelas misi Dr Mahathir kini mahu menjatuhkan parti dan sesiapa yang bersamanya juga harus ditentang habis-habisan.
"Nyata Tun M ingin menjatuhkan BN, maka sesiapa juga yang bersetuju dengan pandangan Tun M dan bersama dengannya wajib bagi ahli UMNO menolak dan menentangnya kerana yang kita mesti pertahankan ialah UMNO dan BN.
"Demi menjaga kredibiliti parti, sesuatu tindakan mesti dilakukan kerana parti mesti dipertahankan kerana di mana maruah UMNO kalau ada sebahagian pemimpin kita bersama dengan pembangkang mahu menjatuhkan UMNO dan BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir menggesa pengundi menolak BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar bulan depan.
Kenyataan itu turut disanggah perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan saranan Dr Mahathir agar rakyat menolak BN dan UMNO sebagai tidak wajar kerana disifatkan sebagai perbuatan menikam balik parti yang banyak berjasa kepada negara.
Tegas Najib, BN merupakan parti yang terlalu banyak jasa dan seterusnya membolehkan Dr Mahathir sendiri menjadi pemimpin negara selama 22 tahun.
Dalam pada itu, ketika mengulas gesaan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta UMNO menghantar surat tunjuk sebab sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap dirinya, Shamsul berkata semua pemimpin dan ahli parti bertanggungjawab menjaga dan memelihara parti.
"Saya pasti semua ahli UMNO sayangkan parti. Namun sebagai orang yang berkedudukan nombor dua di dalam parti, sepatutnya dia faham bagaimana yang patut dilakukan untuk menjaga parti.
"Saya lihat cara dan pendekatan yang diguna atau dilakukan Muhyiddin itu salah serta tidak kena dengan prinsip atau tata cara parti.
"Kita memang boleh memukul anak, ia dibenarkan oleh agama kita, namun cara dan kaedah mestilah betul. Islam mengajar kita dalam soal ini. Mana boleh memukul anak di khalayak ramai atau memukul dengan mencederakannya. Ini tentu menjatuhkan maruah dan memalukannya," tegasnya.
Kata Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, lebih memudaratkan adalah apabila bersekongkol dengan pihak lawan untuk kononnya membetulkan parti.
"Muhyiddin orang yang berpengalaman dalam UMNO, sepatutnya dia tahu atas alasan apa pun bila sepentas dengan pembangkang, walaupun alasannya mahu membetulkan parti, pada saya ia tidak boleh diterima sama sekali.
"Pada saya, sebesar manapun jasa pemimpin UMNO, jika dia bersekongkol secara langsung atau tidak dengan pembangkang, maka dia sebenarnya telah melanggar prinsip sebagai ahli dan pemimpin UMNO.
"Tentunya kita mesti membuat pendirian dan tentulah parti mesti dipertahankan dan mana-mana pemimpin yang menentang atau melanggar prinsip parti kita mesti menolaknya kerana antara individu atau parti. Parti mesti diutamakan," jelasnya.
Justeru, katanya, apabila Muhyiddin bertindak begini, pilihan yang mesti dibuat adalah mempertahankan parti.
"Pada saya, kita marah dan kecewa dengan Muhyiddin bukan atas alasan peribadinya.
"Secara peribadi saya lebih sayangkan UMNO maka sesiapa juga termasuk Muhyiddin yang melanggar prinsip parti, tindakan mesti diambil," katanya.
Wan Syamsul Amly
Fri May 20 2016
SHAMSUL ANUAR: Tolak pemimpin UMNO yang sokong Tun M. -Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.