Keresahan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dua orang anaknya yang masih kecil kini sudah masuk 15 jam hilang.
Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.
Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, didapati tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah.
“Si abang ada bertanya untuk keluar ke kedai bawah. Itu perkara biasa dan saya mengizinkannya, malah pemilik kedai di bawah juga mengenali saya dan anak-anak saya.
“Namun, saya tidak menyangka Mohd Iman akan membawa sekali adiknya,” ujar ibu mereka, Yana, dalam nada sedih dan gementar saat dihubungi Astro AWANI.
Semasa kejadian, Mohd Iman memakai baju hitam dan seluar hitam manakala Nur Alysyah memakai baju tidur putih dengan bintik merah.
Tambah Yana, sebelum meninggalkan kedai mereka, Mohd Iman sempat bertanya kepada neneknya sama ada mahukan apa-apa dari kedai tersebut.
“Selalunya dia akan mengambil masa 5 minit untuk kembali ke kedai kami. Semalam, selepas 15 minit, dia tidak muncul dan itu membuatkan saya dan suami berasa tidak sedap hati,” ujarnya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai mereka ada menunjukkan dua beradik itu berjalan menghala ke kedai yang hendak dituju. Begitupun, rakaman tersebut tidak memaparkan sebarang petunjuk lain tentang kehilangan mereka.
Yana dan suaminya sudahpun membuat laporan polis sejam selepas kejadian tersebut namun pihak polis meminta menunggu sehingga 24 jam sebelum ia diklasifikasikan sebagai kes hilang atau culik.
Mereka juga telah menyebarkan maklumat dan rayuan tentang kehilangan anak mereka melalui akaun media social perniagaan mereka.
“Semua pihak terdekat termasuk saudara-mara sudah dimaklumkan tentang hal ini. Saya berharap jika ada pihak yang ternampak mereka berdua, tolonglah hubungi kami atau ke pihak berkuasa,” rayu Yana.
Bagi mereka yang mempunyai maklumat dan mahu membantu, ibu bapa Mohd Iman dan Nur Alysyah boleh dihubungi di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985.
Hamzah Hamid
Thu Jan 08 2015
Mohd Iman Zafri (kanan) dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera hilang lebih 15 jam - Foto Instgram habbatussauda_milkbooster
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ibu minta bantuan orang ramai untuk cari anak hilang
Sehari selepas menghilangkan diri, Nur Fatihah Rodzi menghubungi ibunya dan meminta agar tidak mencarinya lagi.