GEORGE TOWN: Tongkang Namthong 27 dari Kantang, Thailand yang hampir karam akibat kebocoran di perairan Kuala Muda semalam dijangka memasuki Pelabuhan Pulau Pinang tengah malam ini dengan diiringi oleh bot PERKASA Maritim Malaysia Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, lapan kru kapal masing- masing empat warga Indonesia dan empat warga Thailand berumur 31 hingga 51 tahun berada dalam keadaan selamat.
Abdul Razak berkata, berdasarkan maklumat dari agen syarikat, bot tunda dan baj yang membawa pelbagai kontena tersebut dalam pelayaran dari Kantang, Thailand ke Pulau Pinang.
"Baj tersebut tidak mengalami sebarang kebocoran di bahagian bawah keel, tetapi semasa tiba di Langkawi, satu kompatmen di bahagian belakang (port) dimasuki air laut semasa cuaca buruk dan kelihatan senget ke sebelah kiri.
"Bot Tunda dan baj tiba lima batu nautika dari boya no. 4 Pelabuhan Pulau Pinang pada jam 6 pagi semalam dan nakhoda mula menyedari bahawa baj telah senget dan dimasuki air," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Berikutan itu, nakhoda bot tunda telah mengambil keputusan untuk menunda baj itu ke perairan yang cetek di muara Kuala Muda bagi menyelamatkan baj tersebut dengan kebenaran Jabatan Laut Pulau Pinang.
Susulan itu, Abdul Razak berkata, kerja-kerja mengepam air dalam tongkang dimulakan jam 9.35 pagi semalam sehingga selesai pada jam 8 pagi Selasa.
Pihak Maritim juga, kata beliau, telah mengambil langkah proaktif sebaik sahaja menerima laporan kejadian tersebut dengan menugaskan sebuah bot PERKASA untuk memantau pelaksanaan mengepam air dan keselamatan laluan pelayaran.
Katanya, sebuah bot PERKASA milik agensi itu ditelah ditugaskan untuk memantau pelaksanaan mengepam air dan keselamatan laluan pelayaran.
"Anggota kita juga membantu melakukan kerja-kerja mengepam keluar air dari baj pada jam 11 malam tadi, dan sebuah bot KILAT juga ditugaskan ke muara Kuala Muda untuk mengawasi kerja-kerja menarik keluar baj yang dikandaskan kira- kira jam 10 pagi tadi,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Razak meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian kecemasan di laut agar menghubungi hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04 - 2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan sebuah tongkang membawa pelbagai jenis kontena yang nyaris karam akibat kebocoran di sempadan perairan Pulau Pinang dan Kedah diselamatkan bot tunda.
Tongkang Namthong 27 dari Kantang, Thailand yang membawa kontena kargo itu sedang menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang sebelum mengalami kebocoran.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jan 31 2023
Tongkang Namthong 27 dari Kantang, Thailand yang hampir karam akibat kebocoran di perairan Kuala Muda semalam dijangka memasuki Pelabuhan Pulau Pinang tengah malam ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Tongkang Namthong memasuki Pelabuhan Pulau Pinang tengah malam ini
Tongkang Namthong 27 dari Kantang, Thailand yang membawa kontena kargo itu sedang menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang sebelum kebocoran.