TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran

Bernama
Mac 27, 2024 23:00 MYT
AHMAD ZAHID: Sempena Nuzul al-Quran, inilah masanya untuk kita mentadabbur al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. - Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Jemaah menteri menerusi media sosial masing-masing mengambil kesempatan berkongsi ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada umat Islam di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
"Bersempena Nuzul al-Quran yang dirai ini, inilah masanya untuk kita mentadabburkan al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian,” katanya di laman X pada Rabu.

SALAM NUZUL QURAN 1445H Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 Allah swt berfirman: Bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk pic.twitter.com/JzRZn4W6lU

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) March 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pula berharap semoga umat Islam sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang ‘akrab’ dengan al-Quran dan beramal dengan kandungannya, selain mendidik generasi akan datang untuk menjadi generasi celik al-Quran.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pula mengajak umat Islam menyambut kedatangan malam yang penuh barakah ini dengan hati terbuka serta keinginan mendalam untuk menghayati amalan dan ajaran al-Quran bagi memenuhi setiap aspek kehidupan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga berharap moga umat Islam di negara ini mengambil segala keberkatan dan pengajaran daripada peristiwa Nuzul al-Quran serta memperoleh keredaan daripada Allah SWT.
Menteri Pertahanan ,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran dan berharap Allah SWT memberkati dan menerima semua amal dan ibadah hamba-Nya. - Bernama
#Nuzul Al-Quran #jemaah menteri #Ahmad Zahid Hamidi #Al-Quran