Tragedi di ambang Aidilfitri, dua cedera balai polis diserang

Agensi
Jun 4, 2019 00:44 MYT
Polis Indonesia mengesahkan suspek masih hidup namun dalam keadaan kritikal. - Foto tribunnews.com
SATU letupan bom dilaporkan berlaku di Balai Polis Tugu Kartasura, Sukoharjo, Indonesia, tengah malam tadi.
Polis Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya, seorang anggota polis dilaporkan cedera.
Menurutnya, serangan itu dipercayai didalangi seorang pengebom bunuh diri, seperti dipetik media tempatan.
Setakat ini, polis Indonesia mengesahkan suspek masih hidup dan dibawa ke hospital yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dengan kawalan ketat.
Keadaanya dilaporkan serius.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan polis Indonesia masih lagi menjalankan siasatan menyeluruh.
#balai polis #bunuh diri #Indonesia #pengebom #Sukoharjo #Tugu Kartasura