MALAYSIA
Tragedi percutian, kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam

Pasukan penyelamat cuba memberi bantuan pernafasan namun mangsa tidak dapat diselamatkan. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana di sini pada pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka pada pagi Ahad. Mangsa telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
- Pasukan bomba tiba di lokasi sekitar jam 9.45 pagi dengan tiga jentera dan lapan anggota, termasuk van EMRS. Bantuan pernafasan CPR diberikan namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
- Mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut. Kejadian ini berlaku semasa percutian keluarga dan telah bertukar menjadi tragedi.
“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun usaha menyelamatkan mangsa tidak berjaya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami