SISTEM pengangkutan udara yang sedang kita nikmati hari ini semakin maju dan berkembang pesat bukan sahaja di dalam negara, bahkan di seluruh dunia.
Hal ini juga telah membuatkan sistem pengangkutan udara ditakrifkan sebagai salah satu pengangkutan yang paling cepat serta selamat berbanding dengan penggunaan pengangkutan darat atau laut.
Industri penerbangan negara juga dalam masa sama telah banyak membantu memperkembangkan produk-produk pelancongan negara.
Sebelum pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Kuala Lumpur pernah diiktiraf berkali-kali oleh pelbagai media pelancongan sebagai salah sebuah bandaraya yang paling banyak dikunjungi pelancong seluruh dunia.
Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia, Malindo Air adalah antara syarikat-syarikat penerbangan yang terkenal di tanah air.
Tidak dinafikan bahawa wabak COVID-19 telah secara langsung atau tidak langsung melumpuhkan industri ini.
Namun, di sebalik pandemik ini, dunia masih memerlukan industri penerbangan untuk pelbagai tujuan, terutamanya perdagangan dan pengangkutan.
Terdapat banyak perkara yang telah dibincangkan mengenai kes insiden dan juga kemalangan yang melibatkan sistem pengangkutan udara di negara kita dan seluruh dunia.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organization (ICAO) telah mewujudkan beberapa peraturan bagi memastikan keselamatan penerbangan bagi mengelakkan berlakunya insiden atau kemalangan yang melibatkan industri penerbangan.
Tragedi Sriwijaya Air yang terhempas baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya - adakah sistem pengangkutan udara berada di ambang bahaya?
Sejarah nahas pengangkutan udara di Malaysia
Pada tahun 2014, negara kita telah mengalami beberapa tragedi nahas yang melibatkan syarikat penerbangan kebangsaan, MAB.
Nahas MH370 dan MH17 masih segar dalam ingatan semua. Pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China telah dilaporkan hilang pada sekitar 8 Mac 2014 dan sehingga kini masih tidak ditemukan.
Setelah itu, pada 17 Julai 2014 pula, negara telah dikejutkan dengan satu lagi berita yang mengenai nahas insiden oleh pesawat penerbangan MH17.
Pesawat ini telah memulakan perjalanan dari Amsterdam, Netherlands menuju Kuala Lumpur, tetapi telah ditembak jatuh di sekitar wilayah konflik Donetsk di ruang udara Ukraine.
Kesemua 298 penumpan di atas kapal terbang tersebut dari 10 buah negara telah terbunuh.
Tony Tyler, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau International Air Transport Association (IATA) pada ketika itu menyebut bahawa perlunya inisiatif untuk mengurangkan risiko pesawat yang terbang di atas kawasan zon konflik negara tersebut.
Tragedi Sriwijaya Air SJ-182
Pada 9 Januari 2021, dunia penerbangan telah sekali lagi dikejutkan dengan tragedi Sriwijaya Air, syarikat penerbangan tambang rendah Indonesia.
Sebelum terhempas di Laut Jawa lewat petang tanggal 9 Januari, pesawat ini telah melakukan beberapa siri penerbangan dari Jakarta ke Pontianak di wilayah Kalimantan serta ke Pangkal Pinang di Kepulauan Bangka Belitung.
Pesawat penerbangan ini telah dijadualkan untuk terbang ke Pontianak dari Jakarta sekitar pukul 2 petang dengan membawa sekitar 62 orang penumpang termasuk 12 anak kapal.
Namun, hujan lebat yang berlaku di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta telah menyebabkan berlakunya kelewatan sekitar 30 minit dari pelepasan yang dijadualkan.
Pesawat ini akhirnya berlepas ke Pontianak pada jam 2.36 petang.
Pada pukul 2.40 petang, menara kawalan telah hilang perhubungan dengan pesawat SJ-182 yang tidak muncul lagi di radar.
Data pengesanan bagi sistem operasi penerbangan itu menunjukkan bahawa pesawat itu tersebut jatuh menjunam ke laut dengan hanya mengambil masa empat minit sahaja selepas berlepas.
Kotak hitam pesawat SJ-182 telah ditemui setelah beberapa hari terhempas.
Peruntukan undang-undang sedia ada
Perbincangan mengenai isu tragedi insiden Sriwijaya Air SJ-182 telah mendapat perhatian pelbagai pihak di seluruh dunia terutamanya pihak ICAO.
Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada, pihak kerajaan yang terlibat boleh bekerjasama dengan pihak ICAO menerusi Lampiran 13 (ANNEX 13) ICAO berhubung Kemalangan Pesawat dan Penyiasatan Insiden.
Lampiran 13 membolehkan pihak ICAO mengambil tindakan sebagai pemerhati rasmi dalam proses penyiasatan bagi mendapatkan jawapan mengenai sesuatu kemalangan udara.
Lampiran ini juga menggariskan bahawa negara-negara yang terlibat di dalam penyiasatan ini boleh menyediakan laporan awal sesuatu nahas penerbangan.
Laporan akhir boleh disediakan setelah kesemua siasatan mengenai tragedi Sriwajaya Air ini selesai bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang memberikan jawapan bagaimana tragedi ini boleh berlaku.
Kesimpulan
Sebagai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, ICAO dan IATA perlulah mengambil tahu dan membuat tindakan selanjutnya di dalam mencari jawapan di sebalik terhempasnya pesawat SJ-182.
Usaha berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak di dalam industri penerbangan untuk memastikan industri penerbangan awam terus berkembang maju dan sistem pengangkutan udara di seluruh dunia di bawah pantauan dan kawalan operasi penerbangan dengan selamat.
Sungguhpun tragedi ini berlaku di negara jiran, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, syarikat penerbangan juga perlulah memandang serius dengan mengambil tindakan, untuk menaik taraf sistem keselamatan dan pemeriksaan di setiap sudut pesawat.
Kru-kru penerbangan juga harus memainkan peranan penting dalam membendung kejadian yang tidak diinginkan dengan sentiasa membuat pantauan kendiri dari segi kesihatan, kekuatan fizikal, serta menghadirkan diri dalam skim latihan berterusan (recurrent training) untuk semua kru penerbangan selama enam bulan dalam setahun.
Dengan adanya usaha-usaha sedemikian, nescaya industri penerbangan global tidak akan terperosok ke ambang bahaya.
* Muhammad Ruhaizat Mohd Roni adalah kadet juruterbang di Malaysia Airlines Academy, dan Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Muhammad Ruhaizat Mohd Roni
Sat Jan 16 2021

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi. - Foto REUTERS

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

UCL: Zidane sedar Madrid tidak beraksi baik
Madrid mendominasi penguasaan bola tetapi hanya dapat melakukan tiga percubaaan tepat sebelum Mendy menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah pada empat minit terakhir.

Guardiola tuntut Manchester City lebih klinikal dalam UCL
City meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 UCL menentang Borussia Monchengladbach di Budapest awal pagi tadi.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

AWANI Ringkas: Lebih setengah juta daftar untuk terima vaksin | Nabawan, zon hijau paling lama, kini zon merah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

COVID-19: Perdana Menteri Prayuth penerima vaksin pertama di Thailand
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan menjadi warga Thai pertama yang diberi vaksin Sinovac Biotech COVID-19 di Thailand.

Berita tempatan pilihan sepanjang Isnin
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khazanah suntik RM3.6b kepada Malaysia Airlines untuk penstrukturan semula
Ia selepas Mahkamah Tinggi UK memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.

Inilah Kapten Hamdan Che Ismail, yang menerbangkan vaksin COVID-19 ke Malaysia
Menjadi juruterbang pertama membawa vaksin COVID-19 ke bumi Malaysia, anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini bangga kerana terlibat dalam sebahagian daripada sejarah negara.

Vaksin COVID-19: 'Terima kasih berjaya bawa pulang vaksin untuk rakyat' - Menara kawalan
Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 di negara ini pada Ahad membuka lembaran baharu dalam peperangan menentang COVID-19 sejak setahun lalu.

Cabaran di sebalik penerbangan vaksin - DHL Express
Kejayaan kumpulan pertama Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di negara dibawa menaiki pesawat Malaysia Airlines MH604 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad memberi sinar

Kerajaan cadang keluar pasport vaksin untuk penerima vaksin
Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur
Dapat dilihat keterujaan orang ramai serta memuji kecekapan kerajaan dan semua pihak yang membantu melancarkan proses penghantaran pertama itu.

Waspada sebarang kesan negatif vaksin COVID-19 - Dr Zainal Ariffin
Program vaksinasi perlu dijalankan secepat mungkin agar pengawalan pandemik dapat dilakukan dalam tempoh singkat.