picture-Rizalman-Ibrahim.jpg
Rizalman Ibrahim bukan sahaja nama besar dalam industri fesyen tanah air malah juga di kenali sebagai “Guru” dalam dunia fesyen. Sering memberi ilmu serta pandangan terhadap industri fesyen di Malaysia belandaskan seniority beliau dalam bidang yang penuh cabaran ini. Sempena dengan bulan syawal ini, Rizalman Ibrahim memuat naik gambar dalam akaun IG beliau dengan masej yang untuk Ber'pencen' Dari Menjadi Guru dan meminta ampun menyusun sepuluh jari.

“Saya hanya mahu bersyukur dan memgambil sikap ber'pencen' dari menjadi guru ataupun pemerhati. Kepada semua pihak yang terlibat baik dari segala pihak di dalam industri fesyen tempatan, ambil lah peluang yang diberikan baik dari kesempatan serta kepercayaan untuk membentuk generasi yang lebih cemerlang..”


IKUTI LUAHA RASA RIZALMAN IBRAHIM :

Bismillahirrahmannirrahim... Hari ini hati saya tergerak untuk menulis bicara ini. Apabila mengunjungi satu2 nya rumah terbuka hari ini maka saya berkesempatan bertemu rakan2 di dalam dunia fesyen untuk berceloteh sedikit sebanyak bidang yang semakin hari semakin terguris dan tercalar dengan pelbagai tohmahan, gosip, pertengkaran, perang internet dan sebagainya. Saya berpendapat sebagai orang lama dunia cyber telah membuka lembaran baru didalam peradaban serta pendidikan dan perkongsian idea didalam menyuarakan pendapat individu. Sehinggakan ada sesetengah komen yang tidak redha untuk halwa telinga dan minda untuk menerima. Oleh itu pada saat ini saya ingin mengambil langkah untuk berdiam diri serta mengunci segala pendapat saya kepada sebarang individu maupun mana2 badan yg terlibat di dalam industri ini. Saya hanya mahu bersyukur dan memgambil sikap ber'pencen' dari menjadi guru ataupun pemerhati. Kepada semua pihak yang terlibat baik dari segala pihak di dalam industri fesyen tempatan, ambil lah peluang yang diberikan baik dari kesempatan serta kepercayaan untuk membentuk generasi yang lebih cemerlang.. Lakukan tugas ini dengan penuh tanggungjawab terhadap nusa, bangsa dan agama. Ampunkan segala tindak tanduk saya selama ini jika ada yang tidak begitu menyenangi syllabus yang saya terapkan dalam membentuk industri ini. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri diatas alasan memperjuangan idealogi masing2. Saya hanya mahu bersyukur diberikan segala nikmat dan peluang setakat ini dan yang akan datang untuk berada di tahap ini. Kerana peradaban itu jauh lebih tinggi nilainya dari konsep fesyen itu sendiri. Yang baik itu dari Allah swt dan segala yang buruk itu adalah dari kesilapan diri saya sendiri. Kepada semua pereka tempatan saya ucapkan selamat berjuang dan Make Me Proud. Rizalman Ibrahim

A photo posted by rizalman71 (@rizalman71) on