PUTRAJAYA: Spekulasi pembubaran Parlimen terus bertebaran di saat tumpuan terarah kepada pembentangan Dewan Rakyat pada petang ini.
Antaranya, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan berkaitan pembubaran Parlimen.
Menerusi ciapannya di Twitter, Timbalan Presiden Pas itu berkata, beliau menerima jemputan untuk bersarapan dengan Unit Komunikasi Korporat (UKK) kementerian.
"Sarapan terakhir bersama agaknya," tulisnya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turun mengucapkan terima kasih kepada UKK yang memastikan kelancaran program dan menjadi perantara antara media.
Tuan Ibrahim antara menteri yang hadir dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pembubaran Parlimen terus diperkatakan sejak awal minggu ini dan ia diperkuat selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Agong perkenan membatalkan enam proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan kerajaan bagi menangguhkan pilihan raya sepanjang tempoh usaha menangani penularan pandemik Covid-19 di negara ini
Ia membabitkan Proklamasi dan Ordinan Darurat di Parlimen P054 Gerik, Perak, yang dibuat pada 12 Disember 2020.
Turut dibatalkan ialah proklamasi dan ordinan darurat terhadap Parlimen P185 Batu Sapi, Sabah yang dibuat pada 18 November 2020.
Pembatalan itu membolehkan Perdana Menteri membuat permohonan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada bila-bila masa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 07 2022
Tangkap layar video yang dikongsikan melalui Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai jemputan untuk bersarapan dengan Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.