Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata, sikap pembangkang yang suka menuding jari dan mencari ‘kambing hitam’ adalah sesuatu yang lazim kerana mereka tidak akan mengaku kesalahan sendiri walaupun telah terbukti bersalah.
Jelasnya, pembangkang akan melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan mereka walaupun terpaksa memburukkan pihak lain dan sudah pasti UMNO sering menjadi mangsa dek sikap keji pembangkang ini.
Contoh terbaru jelas beliau adalah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan pendirian UMNO berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang telah dimanipulasikan.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah memutar belitkan kenyataan Tengku Adnan dengan menyifatkan bahawa UMNO sengaja memainkan isu hudud untuk memerangkap PAS.
Bukan itu sahaja, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin turut menjadi mangsa fitnah kononnya mengeluarkan kenyataan tidak akan masuk Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan di negeri tersebut.
"Sikap pembangkang ini bukan sesuatu yang baru. Bagi saya, UMNO perlu lebih berhati-hati. Bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menuding jari kepada parti untuk menutup kesalahan mereka itu, maka UMNO perlu mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat bahawa itu adalah tuduhan melulu.
"Itu semua adalah sandiwara pembangkang yang mahu menutup kegagalan mereka. Ahli UMNO juga perlu bekerjasama dalam satu rentak untuk beri penjelasan kepada masyarakat bahawa UMNO telah terbukti dari ‘track record’nya sebagai sebuah parti yang sentiasa membela nasib rakyat di negara ini," ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Idris lagi, UMNO adalah sebuah parti yang telus dan berani mengaku salah kerana itulah UMNO tidak pernah menuding jari kepada pihak lain malah akan mengaku dan perbetulkan jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan.
"Begitu juga jika ada pemimpin UMNO yang didapati bersalah, sudah pasti peringkat tertinggi parti akan mengambil tindakan dan sama sekali tidak akan membela mereka yang bersalah.
"Ini jelas berbeza dengan sikap pembangkang yang akan tetap mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang lagi bersuluh melakukan kesalahan. Sebab itulah saya katakan bahawa menuding jari itu adalah sikap lazim pembangkang dan ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan," ujarnya.
Astro Awani
Mon Mar 23 2015
IDRIS HARON: Tuding jari salahkan pihak lain taktik politik keji pembangkang - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.