SIBU: Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini menghantar pelbagai kelengkapan dan peralatan perubatan menggunakan pesawat angkut jenis A4000M untuk ditempatkan di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia Sibu yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.
Briged Kesembilan Infantri Malaysia, yang berpangkalan di sini, dalam kenyataan memaklumkan pesawat membawa muatan 6 tan termasuk khemah, pendingin hawa mudah alih, katil serta pemekat oksigen berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 7 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 8.50 pagi.
"Pesawat itu telah dikendalikan juruterbang Mejar Mohd Hafiz Mat Yusof dengan dibantu Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor dan Kapten Muhammad Idris Ismail bersama empat kru daripada No 22 Skuadron," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut 10 pegawai serta 20 anggota 9 Briged Infantri telah turun padang bagi menerima barangan terbabit dan sebanyak 10 trak tiga tan diatur gerak untuk membawanya ke hospital medan yang terletak di pekarangan Hospital Sibu.
Penubuhan hospital medan itu merupakan yang kedua seumpamanya di Sarawak selepas Kapit bagi membantu Hospital Sibu menguruskan pesakit bukan COVID-19 sekali gus meringankan beban tugas kakitangan dalam merawat pesakit COVID.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
TUDM menghantar pelbagai kelengkapan perubatan menggunakan pesawat angkut jenis A4000M untuk ditempatkan di Hospital Medan ATM Sibu. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan
Seramai 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini.
Pesawat terbang rendah di Pasir Gudang: Ada latihan FPDA, jangan timbul spekulasi - ATM
Rakyat di selatan Johor khususnya di Pasir Gudang dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan mengenai kehadiran pesawat milik tentera udara negara jiran.
TUDM hantar kelengkapan perubatan ke Hospital Medan ATM Sibu
TUDM menghantar pelbagai kelengkapan perubatan menggunakan pesawat angkut jenis A4000M untuk ditempatkan di Hospital Medan ATM Sibu.
Insiden tembakan TUDM: Hasrat Mohd Ehsan buka bengkel motosikal tidak kesampaian - Kakak mangsa
Hanisah Selamat berkongsi tentang hasrat adiknya yang pernah mahu membuka sebuah bengkel motosikal dan mengajaknya pulang ke Samarahan.
Semua anggota tentera telah divaksin - Ismail Sabri
Jumlah itu sekali gus mencapai status imuniti kelompok dalam kalangan anggota tentera merangkumi TLDM, TUDM dan TDM.
TUDM terbangkan kanak-kanak, bayi alami masalah jantung
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan yang mengalami masalah jantung dari Kuching, Sarawak ke ibu negara hari ini.
TUDM bakal guna pesawat UAV pantau perairan negara - PTU
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) untuk tujuan pemantauan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (U
TUDM lakukan penerbangan ihsan, selamatkan 3 bayi Sabah perlukan rawatan jantung
Tiga bayi yang perlu menjalani prosedur pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN dari Sabah diterbangkan menerusi penerbangan ihsan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM pada Jumaat
COVID-19: Dua pesawat bawa peralatan perubatan berlepas ke Sabah, Sarawak
Persediaan itu dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang, di sini.