Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), banyak pihak menantikan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO kerana pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan UMNO, anggota akar umbi diberi suara lebih besar untuk menentukan barisan kepimpinannya.
Pilihan mereka itu akan menentukan hala tuju UMNO terutama untuk berdepan dengan PRU14 dan yang paling dekat, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November ini.
Pemilihan MT UMNO hari ini (Sabtu) merupakan satu cabaran penting bagi parti terbesar orang Melayu itu yang juga parti tunjang Barisan Nasional (BN). Pemilihan kali ini menggunakan format baru yang turut mendapat perhatian banyak pihak kerana buat pertama kalinya, nasib anggota MT ditentukan oleh 146,000 ahli UMNO di 191 bahagian.
Pemilihan serentak di seluruh negara ini juga bakal menentukan pemimpin di peringkat bahagian yang merupakan tonggak pergerakan UMNO di peringkat akar umbi. Inilah cabaran yang bakal dihadapi oleh UMNO dan barisan kepimpinan yang bakal dipilih kerana pada bahu mereka yang diangkat menduduki jawatan-jawatan kanan parti itu baik di peringkat bahagian mahupun di peringkat nasional tertanggung tugas meneruskan kesinambungan perjuangan parti seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan sebelum ini.
Astro AWANI mendekati dua penganalisis politik, Dr. Muhammad Fuad Othman dari Universiti Utara Malaysia dan Dr. Rosmadi Fauzi dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) untuk melihat sejauh mana pemilihan UMNO ini akan menjawab persoalan-persoalan itu -- tentang apa, kenapa dan bagaimana kedudukan UMNO selepas ini.
1. Apa cabaran UMNO dalam menentukan barisan Majlis Tertinggi (MT) kali ini?
Dr. Muhammad Fuad: UMNO mempunyai cabaran penting dalam menentukan kesinambungan parti jalan seiring dengan perubahan zaman dan kepentingan ahli. Oleh kerana UMNO adalah tulang belakang BN yang memerintah negara, pemilihan MT ini juga akan sedikit sebanyak mencorakkan pendirian, polisi dan pelaksanaan dasar-dasar negara. Ahli-ahli UMNO perlu pastikan bahawa barisan MT yang dipilih nanti akan juga berkongsi aspirasi dan akan mendokong sama aspirasi presiden parti.
Dr Rosmadi: Antara cabaran UMNO adalah memastikan barisan MT yang terpilih dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk memperkasakan parti di bawah Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak. MT yang terpilih harus dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk menghadapi PRU14. Elakkan daripada perpecahan. Oleh itu, sepatutnya tiada pasukan, puak atau kelompok tertentu dalam barisan MT UMNO. Walau bagaimanapun ini sukar dilakukan dan inilah merupakan cabaran utama UMNO.
2. Apa yang boleh diharapkan daripada Najib selepas pemilihan UMNO ini?
Dr. Muhammad Fuad: Dengan masuknya Datuk Mukhriz Mahathir dalam saingan Naib Presiden ia hanya lebih menonjolkan lagi pertembungan antara Najib dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Moahmad. Beza antara mereka berdua ialah Dr. Mahathir tidak pernah hilang dua pertiga (kerusi di Parlimen). Najib sebaliknya memerintah dengan majoriti semakin merosot tetapi kerusi UMNO semakin bertambah. Najib adalah Najib dan tiada siapa boleh menggantikan Dr. Mahathir. Najib perlu menunjukkan kepimpinannya meneraju Malaysia ke tahap yang lebih maju.
Dr Rosmadi: Selepas pemilihan ini, Najib sudah mempunyai line up atau barisan kepimpinannya sendiri dan segala transformasi yang ingin dilakukan boleh dilakukan sepenuhnya mengikut acuannya sendiri kerana sebelum ini barisan kabinet bukan daripada mandat Najib sepenuhnya. Perancangan yang lebih baik dan teratur sepatutnya boleh dilakukan dalam menghadapi PRU14 nanti.
3. Bagaimana UMNO boleh tampil progresif seperti yang digambarkan berlaku pada Pemuda?
Dr. Muhammad Fuad: Masalah UMNO selama ini adalah barisan pemuda yang telah hilang taringnya sebagai kumpulan pendesak yang dihormati. Pemuda sememangya perlu agresif dan progresif dan sentiasa on the edge. Mereka sepatutnya tidak menjadi rubber stamp kepada UMNO secara keseluruhannya. Pemuda perlu mendepani isu-isu kemiskinan, anti rasuah dan anti penyelewengan; barulah UMNO dan Barisan Nasional akan sentiasa bersiap sedia dan tidak lupa perjuangan sebenar.
Dr Rosmadi: Sudah sampai masanya UMNO berubah dengan perubahan budaya 360 darjah, baik dari segi kepimpinan dan pemikiran baru; bukan lagi cara lama kerana senario pemikiran berpolitik telah berubah. Kita dapat lihat pada PRU13, UMNO masih lagi menggunakan pendekatan berkempen dan pergerakan jentera pilihan raya seperti zaman 1980-an dan 1990-an. Sudah tentu budaya baru ini boleh dibawa oleh muka baru dan gaya muda yang progresif seperti pimpinan sayap UMNO (Pemuda dan Puteri) pada hari ini. Kita dapat lihat pada PRU13 yang lalu isu-isu pilihan raya banyak berkisar kelangsungan hidup orang muda di Bandar.
4. Apa cerita politik Malaysia untuk enam bulan akan datang?
Dr. Muhammad Fuad: Rasanya tiada yang terlalu ekstrem akan berlaku kerana aktor-aktornya semua sudah letih berpolitik. Mula-mula PRU13 dan sekarang pula pemilihan parti. Ia adalah masa untuk kerajaan menunaikan segala janji-janji pilihanraya dan berusaha menyatukan semula rakyat jelata. Malaysia yang bersatu akan menghasilkan Malaysia yang maju.
Dr Rosmadi: Politik Malaysia dalam masa ke hadapan ini khususnya UMNO yang dianggap parti keramat akan banyak dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan budaya yang berlaku dalam UMNO itu sendiri. Kalau tiada perubahan dari segi kepimpinan termasuk di peringkat akar umbi (ketua bahagian dan ketua cawangan), UMNO akan tetap berada pada takuk lama kerana pemikirannya tetap sama iaitu tanpa ada agenda baru yang lebih sofistikated seiring dengan kehendak semasa walaupun rakyat telah melaungkan keperluan demokrasi yang lebih subur.
Astro Awani
Fri Oct 18 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.