KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 September ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi kebenaran penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay (rumah inap), aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan.
"Kebenaran juga diberikan untuk produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, sukan lasak atau pengembaraan (adventure) atau taman semulajadi (nature parks), ladang (farms), akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
"Aktiviti pelancongan minat khas seperti golf, selam skuba, berbasikal, memancing, pelayaran dan sebagainya juga dibenarkan," menurut kenyataan itu.
BACA: Langkawi jadi perintis gelembung perjalanan bermula 16 Sept - PM
BACA: Projek rintis Langkawi beri kelegaan kepada pemain industri - Nancy
Turut dibenarkan ialah aktiviti eko geo-kembara seperti berkhemah, mendaki, kembara gua, dan 'jungle trekking' dan sebagainya.
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi, menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, turut dibenarkan beroperasi ialah taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lawatan bersifat akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni dan Laman Padi.
MOTAC turut memaklumkan senarai itu bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa.
Pada masa sama MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik untuk seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Selain itu, MOTAC juga akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta pemegang taruh berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini manakala destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 September ini. - Gambar fail
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara
Seorang lelaki warga Palestin mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah bulan lalu.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.
Raja Norway kian pulih, masih dirawat di Langkawi
Tumpuan sekarang ialah memastikan Raja boleh pulang ke Norway dengan menaiki kapal terbang dalam beberapa hari akan datang.
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.