MOGADISHU:Serangan pengebom bunuh diri di sebuah kedai aiskrim di ibu kota Somalia telah meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Ia berlaku beberapa jam selepas pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Christopher Miller mengadakan lawatan ke Mogadishu.

Lawatan itu membabitkan pertemuan dengan duta dan kakitangan ketenteraan AS.

Setakat ini kumpulan al-Shabab yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit.

Selain tujuh individu terbunuh, pihak berkuasa turut mengesahkan lapan mangsa lain mengalami kecederaan.