SHAH ALAM: Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa berusia 41 tahun pada jam 6.15 petang semalam selepas diberitahu oleh guru tadika berkenaan.
"Hasil siasatan, mangsa menjelaskan bahawa suspek lelaki berusia 26 tahun itu menolaknya mangsa ke tempat duduk penumpang dan merampas kenderaan mangsa semasa anak mangsa berusia enam tahun memasuki kenderaan.
"Suspek telah ditangkap pada jam 10.10 pagi ini ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Turut hadir bersama suspek adalah dua beranak yang diculik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata saringan air kencing suspek mendapati positif dadah dan kedua-dua ibu dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek adalah bekas kekasih mangsa berusia 33 tahun dan motif tindakannya kerana masih sayangkan wanita itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan saspek direman esok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam. - Gambar hiasan
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Lelaki didakwa pukul ibu guna tukul besi bebas tuduhan bunuh
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tukang gunting rambut berumur 33 tahun itu bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Tular kes gangguan seksual, polis cari tukang gunting warga India
Lelaki itu yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.
Tukang gunting rambut putus tangan, maut kemalangan
Mangsa cedera parah di kepala dan badan sebelah kanan selain tangan kanan terputus dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam.
Belajar guna YouTube, lelaki OKU kini buka kedai gunting rambut
Seorang OKU masalah pendengaran dan bisu tidak pernah berputus asa mencari rezeki sebagai tukang gunting rambut.