JOHOR BAHRU: Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM1,290 kepada seorang anggota polis bagi tujuan melepaskan diri dan rakannya daripada menjalani ujian saringan air kencing, tahun lepas.
Wong Chee Ming, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 14 Feb ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh lantikan peguam bagi tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan.
Wong dituduh memberi suapan itu kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sebagai dorongan untuk melepaskannya dan C Elamaran daripada menjalani ujian saringan awal air kencing.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Simpang Tiga Jalan Air Bemban, Taman Air Bemban, Kulai, kira-kira 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Yunus Mohamed tidak menawarkan jaminan terhadap Wong kerana tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang atas kesalahan memiliki barang curi.
Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas Wong yang tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Wong dituduh memberi suapan itu kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sebagai dorongan untuk melepaskannya dan C Elamaran daripada menjalani ujian saringan awal air kencing.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.
Tukang rumah maut terkena renjatan elektrik
Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi.
Tukang rumah mengaku salah beri rasuah kepada polis
Wong Chee Ming membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa.
Tukang rumah didakwa menipu urusan beli tanah, LPS
Seorang tukang rumah dihadapkan ke dua Mahkamah Majisret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu berjumlah RM36,000 dalam urusan pembelian tanah dan permohonan lesen pendudukan sementara (LPS).
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Wanita Rohingya ditemukan maut ditikam di Pasir Puteh
Mangsa, yang mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur 3 dan 4 tahun, dikenalinya sebagai seorang isteri yang baik hati dan berpindah ke tempat itu sejak dua bulan lepas.
Tukang rumah maut di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Seorang tukang rumah maut apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kenari tengah malam tadi.
SPRM tahan dua lelaki disyaki beri suapan kepada anggota polis
Lelaki pertama ditahan SPRM Cawangan Batu Pahat kerana memberi suapan sebanyak RM150 kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan di Balai Polis Pagoh, Muar.
Tukang rumah rogol anak dihukum penjara 18 tahun, 20 sebatan
Tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.