KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Semua pihak juga dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu.
"Jakim ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," kata Jakim dalam satu kenyataan.
Jakim mengulas mengenai penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.
Menurut kenyataan, paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Jelas Jakim, cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.
"Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh Jakim atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak," ujar kenyataan lagi.
Untuk rekod, pada tahun lalu, sambutan Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia dijangkakan pada 3 Mei bersamaan hari Selasa.
Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di media arus perdana, mengumumkan tarikh hari Raya adalah pada 2 Mei, iaitu Isnin.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 31 2023
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.
JAKIM tidak pernah iktiraf mana-mana pakej perkhidmatan 'kahwin di Thailand' - Mohd Na'im
JAKIM tidak pernah memberi sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.
JAKIM perbanyakkan program perkukuh kesatuan, perpaduan
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan usaha untuk menyebar syiar Islam demi menggalakkan kesatuan dan perpaduan rakyat.
Konsert Ed Sheeran: Tiada perubahan kelulusan, akan teliti jika ada keperluan - Fahmi
Fahmi berkata, permohonan persembahan artis antarabangsa di Malaysia sudah melalui proses semakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
JAKIM bangunkan sistem AI mudahkan prosedur mohon sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal.