KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian dalam parti selama enam tahun.
Beliau yang dihubungi BH Online, berkata keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini bagaimanapun belum diberikan kepadanya secara bertulis.
"Saya hanya dimaklumkan mengenai keputusan ini. Dengar-dengar digantung keahlian UMNO selama enam tahun. Tetapi tidak tahu apa justifikasi MKT di sebalik hukuman ini.
"Kalau ikutkan terma penggantungan ini, semua manfaat sebagai ahli UMNO dilucutkan secara sementara sepanjang tempoh itu," katanya seperti dilaporkan BH, malam ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan, berkata Mesyuarat MKT mengesahkan penggantungan keahlian seorang ahli UMNO oleh Lembaga Displin parti selama enam tahun.
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti ahli terbabit termasuk jawatannya.
“Saya ingin maklumkan seorang (ahli UMNO), saya tidak mahu menyebut namanya, kerana biarlah beliau menerima surat penggantungan itu yang telah dihantar sebentar tadi.
“Saya tidak mahu menyebut namanya, tapi ahli MKT mengesahkan keputusan Jawatankuasa (Lembaga) Displin. Penggantungan selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MKT.
“Adakah individu itu ahli MKT? Segala perkara itu ada dalam surat berkaitan, segala Perlembagaan yang dilanggar itu ada dalam surat berkaitan, jadi biarlah orang berkaitan menerima surat itu. Saya kira lebih elok,” katanya.
Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman ketika ditemui media tidak menolak individu itu adalah Tun Faisal.
BACA: Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
BACA: Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Pada 24 Januari lalu, Tun Faisal antara lain mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.
Fareez Azman
Sat Mar 27 2021
Tun Faisal berkata keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini belum diberikan secara bertulis. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.
Adakan Pemilihan UMNO untuk pulihkan parti
Kekuatan sebenar UMNO ini tidak terpusat di dalam MT dan inilah yang menyebabkan bangkangan terbuka diperlihatkan akhir-akhir ini.
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.
Kerjasama DAP: Apa rasional Tajuddin ungkit keputusan PAU2020? - KB UMNO
Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengungkit keputusan 'No DAP, No Anwar, No Bersatu' dengan membayangkan kerjasama dengan parti itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli UMNO.
[LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid
Annuar garis empat 'keanehan' ketika PAU 2020
Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan sekurang-kurangnya empat "keanehan" yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 bulan lalu.
PRU15: Bergerak sendirian, UMNO akan hilang lebih banyak kerusi - Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tiada parti yang mampu berdiri sendiri tanpa ada gabungan dalam situasi politik hari ini.
Tiada keputusan dalam PAU arahkan menteri letak jawatan - Ismail Sabri
Apa yang disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini hanyalah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum itu.
Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'
Ahli Parlimen Padang Rengas itu sifatkan Zahid Hamidi "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti.
Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM
Kesemua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN).