Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua tokoh politik. Pernah bergerak seiring sebagai rakan paling rapat, juga seteru perang paling parah, kembali bergabung demi masa depan negara yang lebih gemilang.
Hari yang dinanti rakyat Malaysia untuk melihat Anwar berjalan bebas, akhirnya tiba hari ini.
Namun mungkin sebahagian daripada kita tertanya-tanya, di manakah titik tolak yang keruh itu dijernihkan?
"Saya bukan manusia yang akan menyukarkan keadaan. Mengapa beliau mengambil tindakan seperti yang dilakukan dahulu, itu soal lain.
"Tetapi secara peribadi, saya sudah lama okey dan sudah maafkan dia," kata Anwar.
BACA: 'Tiada dendam, saya sudah lama maafkan Tun Mahathir' - Anwar Ibrahim
Dalam sesi temu ramah khas bersama hos Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dan Ashwad Ismail, Pemimpin Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu nampak santai, ceria menjawab soalan yang merangkumi peranannya selepas ini, sehinggalah hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Mengimbas detik-detik pertama mereka berdua sama-sama menguburkan amarah dan cerita lama, ujar Anwar, ia bermula ketika Tun Dr Mahathir mengunjunginya di mahkamah, kira-kira dua tahun lalu.
"Tun Dr Mahathir takkan datang jumpa saya kalau perkara itu bukan demi kepentingan negara. Beliau orang yang sangat mengasihi negara dan rakyat.
"Beliau merasakan keadaan sudah terlalu teruk, jadi beliau mahu kami berganding tangan, bersatu demi rakyat," katanya tersenyum.
BACA: 'Dari Penjara ke Istana ...' - Anwar Ibrahim
Ketika diajukan pendapatnya berkenaan perancangan 100 hari yang perlu didahulukan oleh Pakatan Harapan, kata Anwar, aspek 'pembersihan' adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
"Memang cukai itu membebankan rakyat, tapi itu soal kedua. Yang lebih perlu dibendung adalah rasuah dan 'ketirisan'. Sebanyak mana pun cukai tapi jika ia tiris, ia tidak akan pernah cukup dan rakyat akan terus terbeban.
"Rakyat tidak membantah cukai. Yang dibantah adalah apabila cukai dinaikkan, pembaziran berlaku dan sebilangan kecil pemimpin menjadi semakin kaya raya," tegas Anwar.
Tanpa ragu-ragu, Anwar meluahkan keyakinan dengan kepimpinan Pakatan Harapan namun dalam masa yang sama mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu.
"Saya tidak akan sokong kalau saya tidak yakin. Saya sudah lama menderita, saya takkan kembali hanya untuk berpura-pura. Tetapi kejayaan pasukan (kerajaan) ini bergantung kepada semangat muafakat dan kesediaan mereka mendengar rintihan rakyat, terutama di peringkat bawah.
"Hentikan pembaziran, hentikan corak pemerintahan angkuh, hentikan rompakan harta rakyat. Seterusnya, cari jalan untuk ringankan bebas hidup rakyat," ujarnya.
Anwar yang diberikan pengampunan diraja dari Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V, dibebaskan pagi tadi.
Madiha Abdullah
Wed May 16 2018
Anwar Ibrahim berharap aspek 'pembersihan' menjadi fokus utama kepimpinan Tun Mahathir Mohamad.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.