KUALA LUMPUR:Dua negarawan tanah air, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok.
Dalam satu sidang media bersama hari ini, mereka berkata, dengan penolakan Rang Undang-Undang Perbekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan lemah, dan tidak mementingkan rakyat.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, mereka berdua mengharapkan agar Kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan Kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.
“Ada kemungkinan esok, apabila mereka (Ahli-ahli Dewan Rakyat) mengundi untuk bacaan kali ketiga Bil (Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2021) itu, maka ada kemungkinan Kerajaan akan jatuh.
“Saya harap mereka yang dalam Dewan Rakyat dapat berhenti memikirkan tentang diri mereka semata-mata, tetapi mula memikirkan tentang negara. Kita lihat kerajaan ini tidak mempunyai motivasi untuk membantu rakyat, tetapi hanya memikirkan apa yang mereka dapat,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Dr Mahathir berkata, mereka berharap agar Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersikap jujur dan menzahirkan perasaan cinta dan sayang kepada negara.
Dalam sidang media itu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau dan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li mengharapkan agar status kegemilangan Malaysia sebagai kuasa ekonomi ‘Asian Tiger’ dapat dikembalikan semula.
Katanya lagi, mereka mahukan negara ini berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara yang disegani, seterusnya memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi seterusnya.
“Kami berbincang untuk mencari jalan supaya negara kita kembali menjadi negara maju semula. Kita sedar waktu ini negara kita hadapi banyak masalah, and the whole government system pun tidak berjalan dengan baik.
“Kerajaan (Perikatan Nasional) mempunyai kelebihan dua undi sahaja. Dan semua ahli politik di Malaysia ini hanya (tertumpu) dengan politik saja, untuk tentukan kedudukan mereka. Kebanyakan mereka cuma pandang tugas mereka untuk mendapat pendapatan lumayan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Dec 14 2020
Tun Mahathir dan Ku Li mengharapkan agar Kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan Kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.