Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
Beliau berkata semasa di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu dari 1981 sehingga 2003, masyarakat India sering dipinggirkan dalam agenda pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.
"Masyarakat India tidak boleh terima dan (perlu) menolak sepenuhnya Dr Mahathir (sebagai calon perdana menteri) kerana apa yang beliau lakukan semasa pemerintahannya memberi kesan yang tidak baik terhadap masyarakat India.
"Beliau (Dr Mahathir) tidak pernah mempedulikan dan meminggirkan pembangunan sekolah, usahawan, kuil, NGO serta parti politik masyarakat India," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan buku latihan dan kalendar kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Terla di sini, hari ini.
Sebanyak 400 buku latihan dan kalendar diberikan kepada lapan buah sekolah di sekitar kawasan Cameron Highlands.
Pada Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Mengulas lanjut, Kayveas berkata pemimpin pakatan pembangkang dilihat hanya diperbodohkan dan dipermainkan oleh Dr Mahathir yang menyokongnya untuk menjadi calon perdana menteri.
"Jika dahulu pemimpin pembangkang kata Dr Mahathir seorang diktator dan perlu letak jawatan kerana memerintah negara terlalu lama tetapi sekarang mereka mencalonkan semula beliau sebagai perdana menteri.
"Saya sebagai ahli politik pun tidak faham dengan keikhlasan dan kejujuran pembangkang yang dilihat sering mengubah taktik dalam berpolitik dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2018
Kayveas berkata semasa di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu dari 1981 sehingga 2003, masyarakat India sering dipinggirkan dalam agenda pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.