Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir menyokong cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja, (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dalang pencerobohan di Sabah.

Ia bagi melihat insiden serangan itu secara menyeluruh termasuk wujudnya pihak ketiga yang didakwa membiayai kumpulan pengganas Jamalul Kiram III.

Dr Mahathir mempersoalkan bagaimana kumpulan pengganas berkenaan mampu melakukan serangan sedangkan mereka didakwa mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan maklumat itu, beliau yakin ia akan membantu siasatan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM80,000 bagi pihak Yayasan Global Perdana kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI atau membuka kertas putih bagi menyiasat dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.